99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Yunnan Masuk Musim Tuai Kopi 74 Kilometer Persegi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 Disember 2024
Yunnan Masuk Musim Tuai Kopi 74 Kilometer Persegi
Gambar menunjukkan ladang kopi di Jambatan Menglian. (Foto/Hu Zunhui)

Awal musim sejuk ini, tibalah musim menuai tanaman kopi seluas 74 kilometer persegi di kaunti Menglian, provinsi Yunnan. Petani berulang-alik antara kebun kopi yang buahnya beransur-ansur matang, memetik buah kopi segar yang kemerah-merahan warnanya.

Menglian yang terletak di bandar Pu’er, ialah salah satu pangkalan industri penting bagi pengeluaran kopi di China. Pengindustrian dan penanaman kopi secara besar-besaran di sini bermula sejak 1988. Kini, kawasan penanaman kopi di kaunti tersebut mencecah 111,600 mu atau kira-kira 74.4 kilometer persegi, meliputi 6 pekan, melibatkan 16,081 keluarga serta 123 syarikat. Kopi telah menjadi satu daripada empat industri tonggak tradisional di Menglian.

Pengeluaran kopi berkualiti tinggi menjadi keutamaan bagi kaunti Menglian, yang pada tahun-tahun kebelakangan ini aktif menggalakkan transformasi ladang kopi yang hasilnya rendah hingga sederhana, melaksanakan kaedah penanaman terpiawai, di samping memperluas kilang-kilang pemprosesan kopi. Menglian juga bersungguh-sungguh mempromosikan keluarannya agar lebih halus, terpiawai, diindustrikan dan diantarabangsakan.

Pada 2023 hingga 2023, musim pengeluaran kopi di kaunti Menglian menyaksikan kadar pengeluaran kopi premium setinggi 62 peratus, dan untuk tiga tahun berturut-turut kekal di tangga teratas provinsi Yunnan.

Pada musim pengeluaran 2024-2025 ini pula, output buah kopi mentah kaunti tersebut dijangka mencecah 12,500 tan, membawa nilai keseluruhan melebihi 1.3 bilion yuan buat segenap rantaian industri kopi.

Gambar menunjukkan seorang petani memetik buah kopi. (Foto/Hu Zunhui)
Gambar menunjukkan pangkalan pengeluaran Ladang Kopi Qiaoan. (Foto/Hu Zunhui)
Gambar menunjukkan pangkalan pengeluaran Ladang Kopi Qiaoan. (Foto/Hu Zunhui)
Gambar menunjukkan buah kopi masak yang sedia dipetik. (Foto/Hu Zunhui)
Gambar menunjukkan buah kopi masak yang sedia dipetik. (Foto/Hu Zunhui)
Gambar menunjukkan petani tempatan memetik buah kopi. (Foto/Hu Zunhui)
Gambar menunjukkan seorang petani memetik buah kopi. (Foto/Hu Zunhui)

Video

Berita Berkaitan