99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kedai Kopi Kampung Dorong Pembangunan Luar Bandar di Hainan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 29 November 2024

Pelancong menikmati suasana di kedai kopi kampung di kaunti Ding’an, Provinsi Hainan, di selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping)

Pelancong menikmati suasana di kedai kopi kampung di kaunti Ding’an, Provinsi Hainan, di selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping)

Pertumbuhan pesat pelancongan luar bandar di Provinsi Hainan, di selatan China menyaksikan kemunculan kedai kopi kampung bak cendawan tumbuh selepas hujan, sekali gus menarik kedatangan penduduk bandar yang mencari percutian unik.

Kaunti Ding’an adalah salah satu contoh yang terlibat dalam trend tersebut, dengan mempunyai 15 kedai kopi dengan ciri tersendiri di seluruh kawasan itu.

Difahamkan, transformasi itu telah bermula sejak 2021 apabila kampung Dashan di bandar Longmen yang secara kreatif mengubah menara air terbiar kepada ‘kedai kopi menara air’ pertama di Hainan, dengan konsep yang menggabungkan budaya kopi dan ketenangan luar bandar.

Ketua Parti kampung tersebut, Ni Zhijian berkata beliau mahu ruang terbiar di bawah menara air dimanfaatkan dengan membina projek pelancongan luar bandar yang mampu menghidupkan semula kampung itu, serta menambah pendapatan penduduk setempat.

Foto memperlihatkan pavilion berdekatan satu kedai kopi menara air di kampung Hemei, bandar Longmen, kaunti Diang’an di Provinsi Hainan, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping)

Foto memperlihatkan pavilion berdekatan satu kedai kopi menara air di kampung Hemei, bandar Longmen, kaunti Diang’an di Provinsi Hainan, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping)

Sejak ia mula beroperasi, kedai kopi tersebut telah menjadi semakin popular khususnya untuk destinasi santai hujung minggu bagi warga kota.

Kesemua kedai kopi tersebut menawarkan keunikan yang pelbagai termasuk pengalaman dari ladang ke cawan, iaitu memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai aktiviti memetik biji kopi sehingga ke proses membru kopi.

Selain itu, terdapat juga kedai yang menggabungkan kopi dengan budaya tempatan, iaitu meletakkan elemen kaligrafi, lukisan dan muzik bagi menghasilkan suasana kampung yang asli.

Pembangunan kedai kopi kampung yang penuh menarik itu turut meningkatkan pengaliran dua hala bagi bakat-bakat muda antara kawasan bandar dan luar bandar, yang secara tidak langsung memberi nafas baharu buat komuniti luar bandar.

Salah seorang pengusaha bidang itu yang lahir selepas tahun 1990, Huang Honghan telah berpindah ke kaunti Ding’an daripada bandar Wenchang di Hainan untuk membuka kedai kopi tepi tasik.

Kedai kopinya kini menjadi mercu tanda tempatan, yang menarik kehadiran pelancong sambil membukan peluang pekerjaan untuk orang kampung.

Foto menunjukkan Tasik Nanli di kaunti Ding’an, Provinsi Hainan, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping)

Foto menunjukkan Tasik Nanli di kaunti Ding’an, Provinsi Hainan, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping)

Bagi mempromosikan lagi pembangunan kedai kopi kampung, Ding’an turut mewujudkan inisiatif perkhidmatan pekerja dan mula menyediakan latihan kemahiran kepada penduduk kampung sejak awal 2023.

Untuk ramai penduduk tempatan termasuk Zhou Haiyun yang merupakan pengurus kedai kopi Huang, mereka berpendapat bahawa inisiatif tersebut membawa kestabilan dalam penghasilan peluang pekerjaan yang dekat dengan rumah, secara tidak langsung membolehkan individu mendapat kehidupan seimbang antara kerja dan keluarga.

Ding’an kini berjaya mengintegrasikan industri kopi dengan pelancongan luar bandar, inap desa, serta kebudayaan, yang turut membuka peluang baharu bagi penduduk tempatan untuk mengalami dan menikmati faedah sosial.

Video

Berita Berkaitan