- Lain-lain
Trend Baharu Kedai Kopi, Teh, Pacu Penggunaan Katering China
Orang ramai di sebuah kedai kopi di Chengdu, provinsi Sichuan, barat daya China, pada 21 Jun 2023. (Xinhua/Shen Bohan) |
Daripada latte yang dicampur minuman keras kepada teh mutiara (bubble tea) tular, kedai kopi dan teh China masing-masing aktif mendorong pasaran minuman domestik dengan komitmen mereka terhadap usaha menambah baik trend penggunaan.
Luckin, kedai kopi yang memperkenalkan latte resipi baharu yang ditambah minuman keras tradisional Cina atau baijiu, dilihat masih mendapat sambutan hangat di seluruh China meskipun setelah dua minggu minuman itu menjadi item menu.
Difahamkan, minuman itu merupakan hasil kerjasama dengan Kweichow Moutai, iaitu salah satu jenama minuman keras paling terkenal di China dan juga pengeluar baijiu yang terkenal. Kolaborasi tersebut menyaksikan lebih 5.4 juta cawan terjual pada hari pertama, dengan kutipan RMB100 juta yuan (kira-kira USD14 juta).
Pada tahun ini, latte dilihat cuba mengikuti arus sensasi pasaran yang dicipta oleh pengusaha kedai kopi dan teh China, sekali gus memperlihatkan potensi industri itu untuk terus memacu penggunaan katering.
Memetik data industri, pasaran kedai kopi China dilaporkan bernilai RMB119.1 bilion pada 2022 dan dijangka mampu berkembang kepada RMB190 bilion pada 2024. Nilai pasaran kedai teh turut diunjurkan sebanyak RMB145 bilion tahun ini.
"Pengguna kopi dan teh China sedang mencari minuman yang membuka mata," kata Wang Xu, iaitu Timbalan Pengarah Pejabat Penyelidikan Institut Industri Barangan Pengguna Pusat Pembangunan Industri Maklumat China.
Menurut beliau, kedai kopi dan teh Cina gigih berusaha untuk menarik minat pengguna sedemikian dengan sentiasa menghasilkan resipi terkini dan mengembangkan menu masing-masing.
Perniagaan kedai kopi dan teh China kini turut mengikut trend dengan mewujudkan produk silang menerusi kolaborasi bersama syarikat lain bagi menyuntik keterujaan dalam kalangan pengguna.
Misalnya, sebelum bekerjasama dengan Moutai, Luckin bekerjasama dengan pengeluar santan iaitu Coconut Palm Group untuk mencipta latte santan yang menjadi tular di seluruh negara.
Setakat tahun ini, jenama kedai teh dan kopi China telah melancarkan hampir 100 siri produk silang dengan syarikat seperti Louis Vuitton, Fendi, serta pencipta permainan video miHoYo. Kempen terbaharu daripada rangkaian kedai teh Nayuki, iaitu minuman teh mutiara baharu sempena tanda penghormatan kepada bintang pop China, Jay Chou. Sebanyak 1.46 juta cawan berjaya dijual pada hari pertama memasuki pasaran.
Orang ramai mencuba teh Liubao, iaitu teh hitam Cina yang disulami keharuman dan kaya dengan khasiat, semasa Ekspo China-ASEAN ke-20 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, 19 September 2023. (Xinhua/Huang Xiaobang) |
- Budaya Minum Kopi China Tersendiri Tengah Terbentuk
- Warung Kopi Diterapkan Dalam Gaya Hidup Tibet
- Hainan, Pintu Keluar Masuk Kopi
- Desa China Nampak Peningkatan Bilangan Warung Kopi
- Seabad Lebih Kopi di China
- Jalur Perkembangan Kopi Yunnan: Dari Gunung ke Seberang Laut
- Kopi, Lambang Shanghai Terbuka kepada Dunia