- Lain-lain
Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
Pusat media utama Sukan Asia ke-19 di Hangzhou telah mula beroperasi secara rasmi pada 18 September. Kemudahan utama yang disediakan termasuk pusat berita utama, pusat penyiaran antarabangsa dan pusat khidmat kehidupan, yang menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari kepada wartawan berdaftar.
Dengan kerjasama Jawatankuasa Penganjur, Universiti Perubatan Tradisional Cina Zhejiang telah membina sebuah pusat pengalaman budaya perubatan tradisional Cina seluas 165 meter persegi di dalam pusat media utama itu. Di situ, pengamal media dari pelbagai negara boleh mengambil bahagian dalam permainan interaktif untuk mengetahui kaedah perubatan tradisional Cina, atau membuat janji temu dengan tukang urut profesional untuk melegakan keletihan.
Aktiviti-aktiviti bertemakan seni dan budaya teh turut diatur, menjanjikan waktu rehat yang menyantaikan, juga membuka peluang kepada para wartawan dari serata dunia untuk berinteraksi dalam suasana yang tenang sesudah sibuk membuat liputan.
Jorge Ca?izares Garcia dari Sepanyol yang bertugas sebagai kakitangan teknikal di pusat media utama, menganggap ini pengalaman yang cukup berharga buatnya.
“Semua orang sedang bersama-sama berusaha. Hotel, tapak acara dan kemudahan-kemudahan Sukan Asia Hangzhou semuanya disediakan dengan sangat prihatin. Saya akan berada di sini selama 40 hari. Saya juga telah melawat pusat bandar Hangzhou. Kota ini sungguh indah dan menakjubkan, sangat berbeza dengan Sepanyol atau Madrid.”
- Sukan Asia: Kontinjen China Ditubuhkan
- Larian Obor Sukan Asia Hangzhou Berlangsung di Shaoxing
- Larian Obor Sukan Asia Ke-19 Dirasmikan di Hangzhou
- Larian Obor Sukan Asia ke-19 Bermula 8 Sept.
- Hangzhou yang Terindah, Sukan Asia yang Terhebat!
- Menjelang Sukan Asia, Hangzhou Anjur Pameran Pakaian Asia
- Kenderaan Rasmi untuk Kegunaan Sukan Asia ke-19 Siap Sedia
- Unsur Warisan Tidak Ketara dalam Jambangan Bunga Sukan Asia Hangzhou
- Kantin Atlet Sukan Asia Hangzhou Sedia Terima Tetamu
- Lagu Tema Sukan Asia Hangzhou Diumumkan