99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hainan, Pintu Keluar Masuk Kopi

Minum kopi aktiviti yang sudah agak popular di Hainan sejak abad lalu dengan ribuan perantau membawa balik trend minum kopi dari Asia Tenggara dan menetap di Xinglong, bandar Wanning. Minum kopi telah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan seharian penduduk tempatan.

“Adik, secawan Kopi O.” Ini dapat didengar di mana-mana kedai kopi di Xinglong. Berborak-borak dengan memegang secawan kopi dari awal pagi hingga larut malam di bawah pokok sesuatu yang sangat biasa dilihat di tempat itu.

Foto dron Kebun Kopi Haiken Group. (People’s Daily Online/Meng Fansheng)

Foto dron Kebun Kopi Haiken Group. (People’s Daily Online/Meng Fansheng)

Bagaimanapun, industri kopi di Hainan menghadapi masalah ekoran pengeluaran yang sedikit, populariti yang rendah dan bahagian pasaran yang terhad. Oleh itu, Hainan pun memanfaatkan kelebihan dari segi kadar cukai dan geografi untuk mengembangkan industri pemprosesan kopi serta membentuk pasaran yang lebih khusus.

Kebelakangan ini, pasaran kopi China menunjukkan momentum yang agak positif. Menurut Pertubuhan Kopi Antarabangsa, nilai pasaran industri China mencecah 381.7 bilion yuan. Hainan pula berdekatan pasaran Tanah Besar China dan tidak jauh juga dari Asia Tenggara yang merupakan pengeluar bahan mentah. Provinsi ini juga satu-satunya di China yang mengamalkan perdagangan bebas serta perjanjian RCEP sekali, membawa potensi untuk berkembang menjadi saluran penting bagi perdagangan kopi dunia.

M1 Coffee Dream Factory yang terletak di Wanning, Hainan menjual hampir 30 produk kopi dari seluruh dunia, menggamit kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Sejak tahun lalu, Zhengda (Hainan) Xinglong Coffee Industry Development Co. Ltd. mengimport biji kopi dari Ethiopia dan memprosesnya di kilang yang terletak di Hainan dan menghasilkan produk yang sesuai dengan citarasa pengguna China.

Data Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Provinsi Hainan menunjukkan bahawa mulai tahun 2022, dibuka tiga lagi talian pengeluaran kopi yang membawa kepada pengeluaran tambahan sebanyak 3,500 tan, hinggalah jumlah kapasiti tahunan di Hainan sudah mencecah 9,000 tan.

Jenama kopi antarabangsa juga turut menyasarkan Hainan. April lalu, Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga dianjurkan di sini. Produk kopi sama ada yang dari luar negara atau tempatan dipaparkan pada ekspo itu. Kapal Api Global, jenama kopi Indonesia, dan Trung Nguyên Legend, jenama kopi Vietnam, juga telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan. Dimaklumkan bahawa Trung Nguyên Legend akan bekerjasama untuk membina rantaian industri kopi di kaunti Chengmai, Hainan.

Kopi karbon sifar yang dipaparkan pada CICPE. (Foto ihsan Haiken Group)

Kopi karbon sifar yang dipaparkan pada CICPE. (Foto ihsan Haiken Group)

Kopi dari seberang laut memasuki pasaran China melalui tempat ini, kopi tempatan juga menginjak kaki ke luar negara dari sini. Hainan sedang giat berusaha ke arah pembentukan sebuah koridor perdagangan kopi bertaraf antarabangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan