- Lain-lain
Durian Hainan Masak
Durian yang ditanam di perkebunan di Sanya, Hainan masak. (Foto diambil oleh Li Duojiang, diterbitkan oleh Xinhua) |
Sebahagian daripada durian yang ditanam di perkebunan di Sanya, Hainan, sudah masak baru-baru ini. Dimaklumkan bahawa, harganya ditetapkan pada 120 yuan (kira-kira 76 ringgit) per kilogram.
Kini, keluasan tanaman durian di kebun itu telah mencecah 12,000 mu (800 hektar) dan 1,300 mu daripadanya dijangka dipasarkan pada akhir bulan Julai. Hal ini telah menarik perhatian di kalangan peminat durian di China.
Durian, berasal dari Nusantara, digelar sebagai "raja buah" dan digemari ramai di China. Statistik menunjukkan jumlah durian segar yang diimport China dari Asia Tenggara mencatat 821,500 tan pada tahun 2021, yang bernilai 4.205 bilion dolar AS.
Pada tahun 2022, durian kekal mendominasi buah import di China dengan jumlah nilai yang paling tinggi, iaitu 4.03 bilion dolar AS. Jumlah yang diimport tahun itu mencatat 825,000 tan.
Data Kastam China menunjukkan jumlah durian diimport meningkat secara berterusan pada kadar kompaun tahunan 17% dari tahun 2015 hingga tahun 2022.
Meskipun China antara negara yang paling banyak makan durian di dunia, durian tidak ditanam di sini sebelum ini.
Kata Feng Xuejie, pengarah Institut Penyelidikan Buah-buahan Tropika, Akademi Sains Pertanian Hainan, durian memerlukan masa yang lebih panjang untuk membuahkan hasil berbanding yang lain, iaitu enam hingga tujuh tahun. Ia juga agak cerewet terhadap persekitaran.
Hainan sebagai satu-satunya pulau tropika di China, iklimnya agak mirip dengan pengeluar utama durian, Thailand dan Malaysia, mempunyai kelebihan dalam penanaman sang raja buah. Menurut catatan tempatan, dari tahun 1956 hingga tahun 1961, Hainan cuba memperkenalkan 20 spesies buah tropika termasuk durian, namun tidak berjaya.
Pada tahun 2019, pokok durian yang ditanam di sebuah pangkalan pertanian di Baoting, Hainan, pada tahun 2015 berjaya berbuah, menghebohkan keadaan di syarikat pertanian berkenaan.
Dengan kerjasama para syarikat dan ahli sains, penanaman durian mencapai kemajuan yang agak besar. Menurut Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Hainan, keluasan penanaman durian mencecah 30,000 mu (2,000 hektar) di seluruh provinsi itu.
- Bunga Kekwa, Sumber Rezeki Penduduk Kampung di Hainan
- Pameran Warisan Budaya Hainan
- Ekspo Musim Sejuk 2022 di Haikou
- Hainan antara Terawal Tunjuk Tanda Sektor Pelancongan Pulih
- Hainan Ambil Langkah Galak Beli-belah Bebas Cukai Luar Pesisir
- Rambutan Sumber Rezeki Penduduk Baoting, Hainan
- CICPE Ketiga Dijadual Berlangsung pada April
- Musim Durian di Guangxi, Jualan Durian ASEAN Naik Mendadak
- 5,742 tan Durian Diimport China Melalui Pelaburan Qinzhou
- Cara "Berek-berek Carik Dada" Jaga Anak
- Bunga Terancam Bermekaran di Tanah Lembap di Hainan
- Spesies Durian Baharu Berjaya Berbuah di Sanya
- Restoran di Hainan Jadi Lambang Persahabatan Rakyat China-Indonesia
- Pesta di Kampung Indah
- Budaya Etnik Tempatan Hainan Dipamerkan pada BFA
- Laluan Guangdong-Hainan, Rel Rentas Laut Pertama China
- Ladang Ternak Marin Bantu Galak Pulihara Ekosistem Hainan
- Luncur Air Sedang Rancak di Hainan