- Lain-lain
Jana Impak Sosial "Selatan Global" Bina Komuniti Berkongsi Nasib - Xi
Presiden China, Xi Jinping menyeru negara-negara "BRICS Plus" mempamerkan kebijaksanaan dan kekuatan kolektif untuk memikul tanggungjawab dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Xi berkata demikian ketika menyampaikan satu kenyataan yang bertajuk "Menjana Impak Sosial 'Selatan Global', Bersama Mendorong Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" semasa berlangsungnya Dialog Pemimpin "BRICS Plus" di Kazan Rusia pada Khamis.
Xi berkata, kebangkitan "Selatan Global" secara kolektif adalah petanda jelas berlakunya penstrukturan semula di persada dunia.
Beliau menyeru negara-negara "BRICS Plus" untuk mempertahankan keamanan dan berusaha untuk mewujudkan keselamatan bersama.
“Kita perlu hadir sebagai kuasa penstabil untuk memelihara keamanan, memperhebatkan tadbir urus keselamatan dalam senario global, dan meneliti serta mencari penyelesaian untuk menangani isu hangat secara tuntas.
“Kita perlu mendorong meredakan ketegangan dalam krisis Ukraine, selain terus menggalakkan gencatan senjata diwujudkan di semenanjung Gaza bagi menghidupkan semula Penyelesaian Dua Negara dan mengelakkan api perang daripada terus merebak di Lubnan,” kata Xi.
Xi mencadangkan negara-negara terbabit terus memacu pembangunan untuk mewujudkan kemakmuran bersama.
“Kita perlu menjadi penggerak utama untuk mewujudkan pembangunan bersama, mengambil bahagian dan meningkatkan peranan dalam pembaharuan sistem tadbir urus ekonomi global, dan menggalakkan pemusatan isu pembangunan dalam agenda ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
“Dalam tempoh tiga tahun sejak Inisiatif Pembangunan Global diperkenalkan, sudah terdapat lebih 1,100 projek yang berada dalam pelaksanaan berkat keberhasilan dalam pendanaan pembangunan sebanyak USD20 bilion (RM87 bilion).
“Pusat Excellence Gabungan Industri Kecerdasan Buatan dan Perkilangan Global telah ditubuhkan di Shanghai baru-baru ini dan China juga akan membina Portal Komuniti Kastam Pintar Dunia dan Pusat Excellence Kastam BRICS,” kata beliau, sambil menyambut penglibatan setiap negara.
Xi juga mencadangkan negara-negara terbabit untuk menggalakkan bersama pembangunan tamadun dan mewujudkan keharmonian antara pelbagai tamadun yang berlainan.
“Kita perlu bertindak menjadi penyokong pertukaran sesama tamadun, menggalakkan komunikasi dan dialog, dan saling menyokong dalam menempuh jalan ke arah pemodenan yang serasi dengan ekosistem negara masing-masing.
“China akan tampil menerajui usaha penubuhan Perikatan Kerjasama Kumpulan Pemikir 'Selatan Global' untuk menggalakkan pertukaran dalam bidang sosiobudaya dan berkongsi pengalaman dalam tadbir urus negara,” kata Xi.
Xi menegaskan, China sentiasa peka akan kepentingan "Selatan Global", dan mengakar umbi sebagai anggota kem itu.
“China menyokong lebih banyak negara 'Selatan Global' menyertai perjuangan BRICS sebagai negara rakan kongsi untuk menjana impak sosial demi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata beliau.
Presiden Rusia, Vladimir Putin mempengerusikan dialog itu.
Turut hadir, Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa dan perwakilan Brazil, India, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Ethiopia, selain pemimpin atau wakil dari 25 negara atas jemputan, beserta enam pegawai organisasi antarabangsa, termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, dan Presiden Bank Pembangunan Baharu, Dilma Rousseff.
- Tinjauan: Mekanisme BRICS Bantu Perkasa Kolaborasi Selatan Global
- Xi akan Hadir Sidang Kemuncak BRICS Mengenai Isu Palestin-Israel
- Wang Yi akan Sertai Mesyuarat Menteri Luar BRICS di Rusia
- BRICS Diharap Berkembang Menjadi Mekanisme Kerjasama Multilateral Jenis Baharu - Menter Luar China
- Beijing Jadi Tuan Rumah Seminar Puisi Belia Negara BRICS
- Malaysia Sudah Hantar Surat Permohonan Sertai BRICS - Anwar
- BRICS Adakan Mesyuarat Hal Ehwal Keselamatan Ke-14
- Gagasan China Dapat Sambutan di Persidangan Agung IAEA
- China Beraksi Sokong "Selatan Global" Melalui GDI
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia
- Senarai Negara Rakan BRICS Bakal Diumum: Putin
- Xi Berlepas ke Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Tiba di Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Xi, Putin Bertemu di Kazan
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS ke-16
- Xi Bertemu Presiden Iran
- Rancakkan Landskap Pembangunan “Kerjasama BRICS Raya” - Xi
- Xi Bertemu PM India
- Xi Hadir Dialog Pemimpin 'BRICS+'
- Xi Pulang selepas Hadir Sidang Kemuncak BRICS