- Lain-lain
Beijing Jadi Tuan Rumah Seminar Puisi Belia Negara BRICS
Satu seminar untuk Sesi Khas Festival Puisi Belia Antarabangsa Pertama untuk Negara-negara BRICS telah diadakan di Beijing pada Rabu.
Pada acara itu, lebih 70 penyair muda daripada 10 negara termasuk Brazil, Rusia, India, Afrika Selatan, Arab Saudi dan China telah berbincang tentang topik berkait nilai, pewarisan dan inovasi puisi.
Para penyair turut menunjukkan pengiktirafan terhadap sejarah panjang pertukaran budaya antara negara-negara BRICS, dan bersependapat bahawa puisi adalah jambatan komunikasi dan pertukaran untuk negara dan rakyat yang berbeza.
Mereka turut berharap agar lebih banyak aktiviti pertukaran budaya dalam kalangan negara BRICS dapat diadakan dalam usaha menggalakkan pembelajaran silang budaya dan hubungan mesra antara rakyat.
Untuk rekod, sesi Khas Festival Puisi Belia Antarabangsa Pertama untuk Negara-negara BRICS telah diadakan di Hangzhou dan Beijing mulai 18 Julai sehingga 24 Julai dengan menampilkan aktiviti-aktiviti sastera seperti penyampaian puisi dan perbincangan ilmiah.
- BRICS Diharap Berkembang Menjadi Mekanisme Kerjasama Multilateral Jenis Baharu - Menter Luar China
- Wang Yi akan Sertai Mesyuarat Menteri Luar BRICS di Rusia
- Import, Eksport China ke Negara BRICS Saksikan Peningkatan Pesat
- Wang Yi Hadiri Persidangan Wakil Kanan Hal Ehwal Keselamatan BRICS Ke-13
- Transaksi Berkaitan RMB Lebih Mudah di Brazil