- Lain-lain
Wang Yi Hadiri Persidangan Wakil Kanan Hal Ehwal Keselamatan BRICS Ke-13
Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Pengarah Jabatan Hal Ehwal Luar, Wang Yi menghadiri Persidangan Wakil Kanan Hal Ehwal Keselamatan BRICS Ke-13 di Johannesburg semalam.
Wang menyeru negara BRICS mengikuti perkembangan zaman pada masa depan, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memperhebat penyelarasan strategik, membekalkan produk awam antarabangsa yang sejajar dengan era baharu, bertindak mengamalkan nilai-nilai yang ditekankan BRICS seperti terbuka, inklusif, kerjasama dan sama menang, agar mengharumkan penjenamaan kerjasama BRICS.
"Berdepan dengan cabaran dan kesukaran dalam bidang keselamatan global dewasa ini, negara BRICS diharap menjunjung tinggi prinsip saling hormat, menaati Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mengambil kira keprihatinan rasional masing-masing, menghormati pilihan pelbagai negara dalam menentukan sistem politik dan jalan pembangunan, sekaligus memelihara sistem multilateralisme yang berteraskan PBB, menolak amalan unilateralisme dan hegemoni, dan menentang perbuatan yang menjejaskan solidariti melalui pengendalian suatu 'blok' atau 'kem'. Selain itu, pihak terbabit disyorkan mematuhi perundangan dan norma asas antarabangsa, menyelesaikan perselisihan melalui dialog dan rundingan, menentang tindakan 'mencantas hubungan' dan amalan dwistandard, mengaitkan keselamatan sendiri dalam senario keamanan bersama, dan berganding bahu menangani pelbagai cabaran, di samping menyangkal permainan campur tolak (sama kalah) dan mentaliti Perang Dingin," kata beliau.