- Lain-lain
Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
Lebih 2,000 tahun dahulu, Jalan Sutera Laut purba membuka laluan bagi kegiatan komersial. Lebih 600 tahun lalu, Laksamana Cheng Ho melawat Melaka sebanyak lima kali, mencoret sebuah kisah legenda dalam sejarah interaksi muhibah antara China dan Malaysia. Kini, Inisiatif Jalur dan Laluan sudah pun memasuki tahun kesepuluh pelaksanaannya, yang nyata telah melonjakkan pertukaran antara rakyat dan budaya kedua-dua negara ke satu tahap lebih tinggi.
Baru-baru ini, kru produksi People’s Daily Online mengadakan lawatan ke Malaysia. Di negara berbilang budaya, berbilang kaum dan berbilang agama ini, mereka mengunjungi pengamal seni dan budaya tempatan, dan melawat Pusat Kebudayaan Han Malaysia serta kampus Universiti Xiamen Malaysia. Mereka juga berkesempatan menghadiri kelas bahasa Cina bersama pelajar tempatan di Pusat Kebudayaan China Kuala Lumpur.
Ada pepatah di Malaysia yang berbunyi, “Tak kenal maka tak cinta”. Pertembungan dan integrasi dalam aspek-aspek seperti bahasa, seni, sastera, pendidikan dan sebagainya, telah memperdalam persahabatan antara Malaysia dengan China. Sejajar dengan pelaksanaan aktif Inisiatif Jalur dan Laluan serta pertukaran budaya yang makin intensif, China dan Malaysia akan berkongsi lebih banyak hasil yang menguntungkan bersama, bahkan membawa sumbangan lebih besar kepada kemakmuran dan pembangunan seluruh dunia.
- Minyak Sawit, Jambatan Hubungkan Rakyat China-Malaysia
- Hubungan Malaysia-China: Apa Kata Orang Malaysia?
- Li Qiang Menghadap Agong Malaysia
- PM China, Malaysia Sempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Stesen Terminal Bersepadu ECRL Gombak
- PM China, Malaysia Sambut Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik
- Li Qiang, Anwar Adakan Perbincangan
- PM China Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand