99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand

(CRI)Rabu 12 Jun 2024

China berharap agar menjadikan lawatan Perdana Menteri Li Qiang ke Malaysia pada pertengahan bulan ini sebagai satu peluang untuk mengekalkan persahabatan tradisional kedua-dua negara, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, dan bersama dengan Malaysia melakar kecemerlangan baharu dalam perkembangan hubungan bilateral untuk 50 tahun yang akan datang.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Lin berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia dan Tahun Persahabatan China-Malaysia.

“China dan Malaysia mengekalkan momentum yang baik dalam trend perkembangan hubungan bilateral yang dijalinkan secara rasmi pada setengah abad yang lalu, selain berjaya memupuk rasa saling percaya dari segi strategi, membuahkan hasil yang memerangsangkan dalam pembinaan bersama yang berkualiti di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan memperbanyak pertukaran dalam bidang sosiobudaya.

“China dan Malaysia sebagai dua negara membangun dan entiti ekonomi berkembang di Asia, bertindak pantas mengamalkan nilai-nilai Asia yang menekankan kedamaian, kerjasama, keinklusifan dan integrasi, serta memberi sumbangan yang signifikan kepada keamanan, kemakmuran dan kestabilan di rantau ini.

“Dalam rangka lawatan ke Malaysia, Perdana Menteri Li Qiang akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bersama dengan Anwar menghadiri aktiviti-aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia,” kata Lin.

Untuk rekod, Perdana Menteri China, Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi ke New Zealand, Australia dan Malaysia dari 13 hingga 20 Jun, atas undangan rakan sejawatnya dari ketiga-tiga negara tersebut, iaitu Christopher Luxon, Anthony Albanese dan Anwar Ibrahim.

Lin Jian berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke New Zealand dan Australia serta perkongsian strategik komprehensif China dengan kedua-dua negara tersebut.

Dalam rangka lawatan ke New Zealand, PM Li akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Cindy Kiro dan Perdana Menteri, Christopher Luxon untuk bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan bilateral dan isu-isu antarabangsa dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

Dalam rangka lawatan ke Australia pula, Li akan mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin Tahunan China-Australia kesembilan bersama dengan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese dan berkomunikasi secara meluas dengan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Australia untuk bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan bilateral dan isu-isu antarabangsa dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

Video

Berita Berkaitan