- Lain-lain
PM China, Malaysia Sambut Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik
Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersama-sama menghadiri dan menyampaikan ucap tama dalam majlis resepsi "Tahun Persahabatan China-Malaysia" demi sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara di Kuala Lumpur malam semalam. Li menegaskan perlu memacu kerjasama kedua-dua pihak yang bertunjangkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.
Li berkata, "persahabatan" merupakan kata yang sangat berharga dan holistik pada zaman kini. Kita perlu lebih menumpukan kepada kerjasama yang saling menguntungkan demi situasi sama menang, menjauhkan diri dari pemikiran dan permainan "tolak campur", menyemarakkan semangat persahabatan, dan menyeru lebih ramai orang sejiwa sehati menghadapi cabaran demi masa depan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata Malaysia sentiasa melihat hubungan dengan China dari segi strategik, menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Presiden Xi Jinping, bersedia bersama-sama China untuk mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang, mendorong pelaksanaan projek mega seperti landasan kereta api pantai timur (ECRL), dan saling mengenali hati dan budi dalam bidang tamadun supaya mewujudkan satu era baharu untuk perkembangan hubungan bilateral.
Sebelum ini, kedua-dua pemimpin tersebut bersama-sama melawat satu pameran gambar yang bertemakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dan saling bertukar cenderamata untuk peringatan.
Turut hadir, kira-kira 500 orang perwakilan dari pelbagai bidang dari China dan Malaysia.
- Li Qiang, Anwar Adakan Perbincangan
- PM China Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand
- Hubungan Malaysia-China Semakin Akrab dan Rancak - Presiden MCA
- Malaysia Terima Set Pertama ETS3
- TVET di China Perlu Dijadikan Contoh – TPM
- ‘Utusan Khas’ China ke Malaysia Kini 10 Tahun
- PM Li Bertemu dengan TPM I Malaysia