- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden Iran
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran Masoud Pezeshkian di luar sidang kemuncak BRICS ke-16 di Kazan, Rusia pada Rabu.
Xi berkata China sedia bekerjasama dengan Iran untuk teguh menyokong satu sama lain, menegakkan norma asas hubungan antarabangsa termasuk tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, serta melindungi hak dan kepentingan sah kedua-dua negara.
China juga mahu mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dengan Iran dalam pelbagai bidang sambil menggerakkan perkembangan perkongsian strategik komprehensif yang sihat dan mantap sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat dua negara.
Xi turut menyampaikan ucapan tahniah dan alu-aluan kepada Iran yang buat julung kalinya menghadiri sidang kemuncak BRICS sebagai anggota rasmi.
Beliau menyatakan China sudi memperkasa kolaborasi dengan Iran dalam rangka multilateral termasuk BRICS, meningkatkan lagi pengaruh dan hak bersuara Selatan Global serta menggerakkan orde antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.
Sementara itu, Pezeshkian menyuarakan hasrat mahu bersinergi dengan China untuk memperdalam kerjasama dalam bidang kesalinghubungan, infrastruktur, tenaga bersih dan sebagainya sehingga membuahkan lebih banyak hasil.
- China, Iran Sepakat Promosi Pelaksanaan Pelan Kerjasama Komprehensif
- Sehati Sejiwa, Berganding Bahu Menuju ke Komuniti Pembangunan Bersama: Xi
- Xi Jinping Temui Presiden Iran
- Perbualan Telefon Menteri Luar China-Iran Fokuskan Situasi Gaza
- China Janji Bantu Operasi SAR Helikopter Dinaiki Presiden Iran
- Xi Utus Takziah Kematian Presiden Iran
- Utusan Khas Xi Hadir Upacara Perkabungan Presiden Raisi
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Iran
- China Bersedia Berkolaborasi dengan Kerajaan Baharu Iran, Majukan Hubungan Dua Hala
- Utusan Khas Xi Hadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Iran
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS ke-16
- BRICS Terima Enam Anggota Baharu
- Peluasan BRICS Mempunyai Makna Sejarah
- Xi: China, Afrika Perlu Berganding Bahu Wujudkan Modenisasi
- Xi akan Hadir Sidang Kemuncak BRICS Mengenai Isu Palestin-Israel
- Wang Yi akan Sertai Mesyuarat Menteri Luar BRICS di Rusia
- BRICS Diharap Berkembang Menjadi Mekanisme Kerjasama Multilateral Jenis Baharu - Menter Luar China
- Tinjauan: Mekanisme BRICS Bantu Perkasa Kolaborasi Selatan Global
- Xi Berlepas ke Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Xi, Putin Bertemu di Kazan