99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi, Putin Bertemu di Kazan

(CRI)Rabu 23 Oktober 2024
Xi, Putin Bertemu di Kazan

Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin di sini petang semalam waktu tempatan.

Xi berkata, tahun ini ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Rusia. Setelah mengharungi jalan yang penuh dengan onak duri dalam tempoh masa 75 tahun yang lalu, kedua-dua negara akhirnya berhasil dalam meneroka pendekatan yang tepat bagi pergaulan antara negara kuasa besar yang berjiran, iaitu "tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga".

"Kini di sebalik situasi luar yang rumit dan kritikal, kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang seperti perdagangan tetap berkembang dengan mantap, sedangkan pelbagai projek mega berada dalam pelaksanaan yang stabil. Kedua-dua pihak perlu terus meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembinaan bersama, dengan Persekutuan Ekonomi EuraAsia (EEU) supaya dapat mendorong peningkatan kualiti dalam pembangunan ekonomi di negara masing-masing.

"Tahun depan ulang tahun ke-80 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan juga ulang tahun ke-80 kemenangan perang anti Fasis sedunia. Oleh itu, sebagai dua negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara berkuasa besar di persada dunia, China dan Rusia perlu mengeratkan kerjasama strategik komprehensif, menambah interaksi dan meningkatkan penyelarasan dalam pelbagai kerangka multilateral seperti PBB dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) demi matlamat melindungi kestabilan strategik global serta kesamarataan dan keadilan antarabangsa," kata Xi.

"China berharap agar bersama dengan pemimpin-pemimpin negara anggota BRICS secara mendalam membincangkan isu mekanisme kerjasama blok itu tentang pembangunannya pada masa depan, mengambil tindakan yang tulen mendorong kerjasama strategik dengan negara BRICS dalam pelbagai bidang yang dipercayai boleh mencipta lebih banyak peluang baharu kepada Selatan Global," tambah beliau.

Putin pula berkata, pihaknya bersedia bersama dengan China mengekalkan pertukaran di peringkat tinggi, serta kerjasama dan interaksi strategik dalam menangani hal ehwal antarabangsa untuk bersama-sama melindungi kesamarataan dan keadilan antarabangsa serta kestabilan strategik dalam senario global.

Video

Berita Berkaitan