- Lain-lain
Xi: China, Afrika Perlu Berganding Bahu Wujudkan Modenisasi
Presiden China, Xi Jinping memberi saranan supaya China dan Afrika berganding bahu untuk mewujudkan modenisasi.
Beliau turut menyifatkan integrasi sebagai pilihan bebas bagi negara-negara dan rakyat Afrika dalam usaha menuju ke arah tersebut.
Xi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk 'Berganding bahu ke arah pemodenan bagi wujudkan masa depan China-Afrika yang indah' semasa mempengerusikan Dialog Pemimpin China-Afrika secara bersama dengan rakan sejawatan dari Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, di sini, pada Khamis.
"China sentiasa menyokong kukuh usaha Afrika tersebut dan bersedia bergerak sehaluan dengan Afrika."
"Melihat ke hadapan, China akan memperkasa kerjasama dengan Afrika dalam strategi pembangunan," kata beliau.
Dalam ucapannya, Xi turut mengemukakan tiga cadangan untuk mengukuhkan kerjasama praktikal China-Afrika serta membantu mewujudkan integrasi dan modenisasi di Afrika.
Xi berkata, China bersedia melancarkan Inisiatif Menyokong Perindustrian Afrika.
"China akan menyokong Afrika dalam mengembangkan sektor pembuatan serta mewujudkan perindustrian dan kepelbagaian ekonomi."
"China akan menyalurkan lebih banyak sumber bantuan, pelaburan dan pembiayaan ke arah program perindustrian dengan melaksanakan sembilan projek di bawah kerangka Forum Kerjasama China-Afrika," kata Presiden itu.
Tambah Xi, China juga bersedia melancarkan Rancangan China Menyokong Pemodenan Pertanian Afrika.
"China akan membantu Afrika dalam penanaman tanaman bijirin, menggalakkan perusahaan China meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian di Afrika, mengintensifkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi pertanian bagi membantu transformasi serta penaiktarafan pertanian di Afrika."
"China akan menganjurkan Forum China-Afrika mengenai Kerjasama Pertanian kedua di Hainan pada November nanti, dan akan menyediakan bantuan makanan kecemasan tambahan kepada beberapa negara Afrika yang memerlukan," ujar beliau.
Menurut Xi, China juga akan melancarkan Rancangan Kerjasama China-Afrika mengenai Pembangunan Bakat.
"China merancang untuk melatih 500 dekan dan pensyarah berkaliber kolej vokasional, serta 10,000 modal insan teknikal yang boleh bertutur bahasa Cina untuk Afrika setiap tahun, selain mejemput 20,000 pegawai kerajaan Afrika dan kakitangan teknikal untuk menyertai aktiviti penyelidikan serta perbincangan untuk menyokong Afrika meningkatkan keupayaan dalam inovasi sains dan pendidikan."
"China juga akan melaksanakan Rancangan Kerjasama 100 Universiti China-Afrika dan melancarkan 10 projek perintis institut penyelidikan rakan kongsi China-Afrika," kata beliau.
- Peluasan BRICS Mempunyai Makna Sejarah
- BRICS Terima Enam Anggota Baharu
- Sehati Sejiwa, Berganding Bahu Menuju ke Komuniti Pembangunan Bersama: Xi
- Xi Suntik Tenaga Positif Untuk Pola Antarabangsa BRICS
- Xi Berucap pada Sidang Kemuncak BRICS ke-15
- Presiden Xi Dihadiahkan "Pingat Afrika Selatan"
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Makmur Bersama, Inklusif, Indah
- Mekanisme Kerjasama BRICS Bantu Negara Membangun Tingkat Pengaruh Antarabangsa
- Presiden Xi Tiba di Johannesburg
- Import, Eksport China ke Negara BRICS Saksikan Peningkatan Pesat