- Lain-lain
Xi Suntik Tenaga Positif Untuk Pola Antarabangsa BRICS
Presiden China, Xi Jinping menyifatkan BRICS sebagai tenaga penting dalam membentuk pola antarabangsa.
Beliau berkata, negara-negara BRICS memilih jalan pembangunan secara bebas, bersama-sama mempertahankan hak untuk pembangunan, dan menuju ke arah pemodenan yang mewakili arah kemajuan umat manusia.
Tambah Xi, ia pastinya akan mempengaruhi proses pembangunan dunia secara mendalam.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak BRICS ke-15 yang diadakan di sini, pada Rabu.
Tegas Xi, BRICS akan teguh mempertahankan keadilan dalam isu-isu utama antarabangsa, serta tidak akan melanggar prinsip atau tunduk kepada tekanan luaran, mahupun menjadi pengikut negara-negara lain.
Presiden itu turut menyifatkan kerjasama BRICS kini sedang berada di peringkat kritikal dalam menghubungkan masa lepas dan meneroka masa hadapan.
“Kita perlu memahami trend perkembangan zaman, menerajui arahnya, berpegang teguh pada aspirasi asal yang bersepakat dan berdikari, meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong pembaharuan tadbir urus global ke arah lebih adil dan rasional.
"Ia sekali gus menyuntik lebih banyak unsur ketentuan, kemantapan dan tenaga positif kepada dunia,” ujar Xi.
Selain membina 'Mekanisme Kerjasama Pertukaran Perindustrian Mampan BRICS' dengan pelbagai pihak, beliau juga komited menubuhkan Taman Inkubasi Sains dan Inovasi China-BRICS untuk Era Baru.
Pada masa sama, Xi juga mahu membentuk Platform Kerjasama Data dan Aplikasi Satelit Remote Sensing Global BRICS untuk menyediakan sokongan data bagi kegunaan seperti pembangunan pertanian, ekologi, dan pengurangan bencana di pelbagai negara.
Beliau turut mencadangkan negara-negara yang terlibat supaya memperluas kerjasama pendidikan, memberi peranan penuh kepada Perikatan Pendidikan Vokasional BRICS, seterusnya membentuk mekanisme kerjasama pendidikan digital.
"China akan terus memperdalam komunikasi kemanusiaan antara negara-negara BRICS melalui pelbagai platform kerjasama yang dianjurkan China seperti Pertandingan Inovasi Wanita," kata Xi.
- Xi Berucap pada Sidang Kemuncak BRICS ke-15
- Presiden Xi Dihadiahkan "Pingat Afrika Selatan"
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Makmur Bersama, Inklusif, Indah
- Mekanisme Kerjasama BRICS Bantu Negara Membangun Tingkat Pengaruh Antarabangsa
- Presiden Xi Tiba di Johannesburg
- Import, Eksport China ke Negara BRICS Saksikan Peningkatan Pesat
- Jadual Xi Jinping Semasa Pertemuan Pemimpin BRICS
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak BRICS ke-15 di Afrika Selatan
- Transaksi Berkaitan RMB Lebih Mudah di Brazil