- Lain-lain
Presiden Xi Tiba di Johannesburg
Presiden China Xi Jinping tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg malam Isnin, dalam atur cara menyertai Sidang Kemuncak BRICS ke-15 serta lawatan rasmi ke Afrika Selatan.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Naledi Pandor dan pegawai kanan yang lain.
Xi berkata beliau sangat gembira kerana sekali lagi melawat Afrika Selatan dan berharap dapat berkongsi pandangan dengan rakan sejawatnya mengenai hubungan dua hala serta isu-isu yang menjadi perhatian bersama.
Beliau menyifatkan kekukuhan hubungan China-Afrika Selatan bukan sahaja bermanfaat untuk rakyat, tetapi juga menyuntik unsur kepastian kepada dunia.
Sebagai platform kerjasama utama untuk pasaran baru muncul dan negara membangun, mekanisme BRICS telah menjadi kuasa konstruktif dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia, menambah baik tadbir urus global, dan menggerakkan pendemokrasian hubungan antarabangsa, tambah Xi.
Adalah dipercayai bahawa Sidang Kemuncak BRICS kali ini akan menjadi peristiwa penting dalam pembangunan mekanisme kerjasama berkenaan, sekali gus melonjakkan solidariti dan kolaborasi negara membangun ke tahap yang lebih tinggi.