- Lain-lain
Xi Bertemu PM India
China dan India harus memperkasa komunikasi dan kerjasama, memperkukuh kesalingpercayaan strategik dan saling membantu dalam usaha mengejar aspirasi pembangunan masing-masing.
Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping semasa bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi di sela-sela sidang kemuncak BRICS ke-16 di Kazan, Rusia pada Rabu.
Xi berkata kedua-dua pihak harus memikul tanggungjawab antarabangsa, menjadi suri teladan dalam memperkasa kekuatan dan kesatuan negara membangun, serta menyumbang kepada multipolarisasi dunia dan pendemokrasian hubungan antarabangsa.
Beliau turut menekankan perlunya pelbagai konsensus penting dikekalkan termasuk dua negara membawa peluang pembangunan kepada satu sama lain dan bukannya ancaman, serta menjadi rakan kerjasama dan bukannya pesaing.
Sementara itu, Modi menyatakan pihaknya bersedia memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dengan China.
Beliau komited memberi sokongan padu kepada China yang menyandang pengerusi bergilir Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), serta mengukuhkan komunikasi dan kolaborasi dengan China di bawah rangka multilateral seperti BRICS.
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS ke-16
- Xi, Putin Bertemu di Kazan
- Xi Tiba di Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Berlepas ke Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Tinjauan: Mekanisme BRICS Bantu Perkasa Kolaborasi Selatan Global
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia
- BRICS Adakan Mesyuarat Hal Ehwal Keselamatan Ke-14
- Malaysia Sudah Hantar Surat Permohonan Sertai BRICS - Anwar
- Beijing Jadi Tuan Rumah Seminar Puisi Belia Negara BRICS
- BRICS Diharap Berkembang Menjadi Mekanisme Kerjasama Multilateral Jenis Baharu - Menter Luar China