- Lain-lain
Peng Liyuan Hadiri Kem Musim Panas Kanak-kanak China, Afrika di Beijing (5)
Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menghadiri aktiviti kem musim panas "Love in the Sunshine" untuk kanak-kanak dari China dan Afrika, dan menyampaikan ucapan di Perpustakaan Beijing pada Jumaat.
Peng, yang juga duta muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tuberkulosis dan HIV/AIDS, dan utusan khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, berkata bahawa China dan Afrika adalah rakan sejati.
"China bukan sahaja komited untuk memastikan tumbesaran sihat kanak-kanak China, malah juga untuk menyumbang 'kekuatan China' untuk tumbesaran sihat kanak-kanak di Afrika," kata Peng.
Selain itu, Peng juga bersama-sama kanak-kanak dari China dan Afrika melawat pameran budaya tradisional China, berbual-bual dengan mereka, serta mendengar taklimat oleh pasukan perubatan China mengenai cerita-cerita yang menyentuh hati sewaktu mereka bertugas di Afrika.
- Afrika Sentiasa Berganding Bahu Bersama China: Presiden Guinea-Bissau
- Peng Liyuan Ditemui Pegawai UNAIDS dan WHO
- China Rakan Kongsi Pembangunan Afrika: Sarjana Kenya
- Peng Liyuan Lawat Istana Buda
- Peng Liyuan Melawat Muzium Kebangsaan Serbia
- Peng Liyuan Berkunjung ke Ibu Pejabat UNESCO
- Peng Liyuan Melawat Muzium Orsay
- Presiden China, Gabon Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-50 Hubungan Dilpomatik
- Peng Liyuan Tinjau Kerja Cegah Penyakit TB di Changsha
- Kerjasama Afrika-China Saling Menguntungkan: Presiden Sierra Leone