- Lain-lain
Peng Liyuan Ditemui Pegawai UNAIDS dan WHO
Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping dan Duta Muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi pencegahan dan kawalan tuberkulosis dan HIV/AIDS, menerima kunjungan Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga Pengarah Eksekutif Program Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS), Winnie Byanyima dan Penolong Ketua Pengarah WHO, Jerome Salomon, di Beijing pada Khamis.
Peng menyatakan bahawa memerangi penularan wabak AIDS dan tuberkulosis membawa makna yang amat besar untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan umat manusia, serta mempromosi pembangunan mampan dunia. Dalam usaha ini, UNAIDS dan WHO telah menjalankan banyak kerja yang berkesan hingga membuahkan hasil yang menggalakkan.
Peng turut memberikan taklimat tentang tindakan dan pengalaman China dalam pencegahan dan rawatan AIDS dan tuberkulosis, di samping menzahirkan kesediaan untuk terus menunaikan tugasnya sebagai duta muhibah supaya memberikan lebih banyak sumbangan kepada usaha pencegahan dan rawatan AIDS dan tuberkulosis di peringkat global.
- Peng Liyuan Lawat Istana Buda
- Peng Liyuan Melawat Muzium Kebangsaan Serbia
- Peng Liyuan Berkunjung ke Ibu Pejabat UNESCO
- Peng Liyuan Melawat Muzium Orsay
- Peng Liyuan Tinjau Kerja Cegah Penyakit TB di Changsha
- Peng Liyuan Kunjungi Universiti Nasional Hanoi
- Pertemuan Wanita Pertama China-Indonesia di Chengdu
- Peng Liyuan Sampai Ucapan Sempena Forum Wanita China-Afrika
- Wanita Pertama China, Filipina Kunjungi Muzium Negara
- Isteri Presiden China Ditemui Wanita Pertama Indonesia