- Lain-lain
Peng Liyuan Berkunjung ke Ibu Pejabat UNESCO
Isteri Presiden China Xi Jinping, Profesor Peng Liyuan mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) atas undangan, di Paris, pada Isnin.
Ketibaan Prof Peng, yang juga utusan khas UNESCO bagi kemajuan pendidikan golongan kanak-kanak perempuan dan wanita, disambut oleh Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay di pintu masuk bangunan UNESCO.
Dalam pertemuan dengan Azoulay, Prof Peng telah memberikan taklimat ringkas mengenai kemajuan terkini China dalam mempromosikan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, terutamanya hasil Projek Tunas Musim Bunga (Spring Bud Project).
"Dalam tempoh 10 tahun berkhidmat sebagai utusan khas UNESCO, saya berpeluang melawat ke sekolah di banyak negara dan saya amat gembira melihat semakin ramai wanita mengubah nasib mereka dan menjalani kehidupan bahagia melalui penerimaan pendidikan," kata Peng.
Menurut beliau, mempromosikan pendidikan bagi golongan kanak-kanak perempuan dan wanita adalah usaha yang amat mulia, dan ia berkait rapat dengan kemajuan sosial dan masa depan umat manusia.
"China bersedia untuk berusaha bersama UNESCO untuk menggalakkan pelbagai pihak menambah pelaburan dalam pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia, supaya membantu lebih ramai wanita memperoleh peluang pendidikan yang sama rata demi mencipta masa depan yang lebih baik," ujar Peng.
Audrey Azoulay dalam pertemuan memberikan penilaian tinggi terhadap dedikasi dan sumbangan Prof Peng sejak beliau menjadi utusan khas UNESCO.
"UNESCO bersedia meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan China untuk memajukan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita di peringkat global," kata Azoulay.
- Peng Liyuan Melawat Muzium Orsay
- "Seminar Antarabangsa tentang Interaksi dan Saling Belajar antara Pelbagai Tamadun" Diadakan UNESCO
- Peng Liyuan Tinjau Kerja Cegah Penyakit TB di Changsha
- Peng Liyuan Kunjungi Universiti Nasional Hanoi
- Chaozhou, Chongqing, Dipilih untuk Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO
- China Bersedia Tingkatkan Kerjasama dengan UNESCO demi Keamanan dan Pembangunan Dunia
- China Sokong Kerja PBB dalam Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita
- Pertemuan Wanita Pertama China-Indonesia di Chengdu
- Peng Liyuan Sampai Ucapan Sempena Forum Wanita China-Afrika
- AS Diharap Lunaskan Hutang Sebelum Kembali ke UNESCO