- Lain-lain
China Suntik Dorongan Kuat kepada Kejayaan COP28
China menyuntik dorongan politik yang kuat kepada kejayaan Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) menerusi tindakan praktikal.
Ketua delegasi China ke COP28, Zhao Yingmin berkata persidangan itu sangat penting dalam proses tadbir urus iklim global kerana ia buat pertama kali merumuskan usaha berkenaan di peringkat global sejak Perjanjian Paris berkuat kuasa pada 2016.
Menurut beliau, persidangan berkenaan menunjukkan hala tuju tadbir urus iklim global untuk fasa seterusnya, terutamanya mengukuhkan trend transformasi hijau dan rendah karbon dalam lingkungan sejagat.
Zhao yang juga Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar menyifatkan transformasi hijau dan rendah karbon menjadi konsensus antarabangsa sebagai pencapaian terbesar sejak pelaksanaan Perjanjian Paris.
"Dengan usaha bersama China dan negara-negara lain, kebolehcapaian dan pengkomersialan tenaga boleh diperbaharui (RE) sudah menjadi kenyataan," ujar beliau.
Zhao menambah, China memberi sumbangan signifikan dalam menggerakkan proses peralihan ke arah hijau dan rendah karbon.
Hasil usaha China, kos bagi penjanaan kuasa fotovoltan dan kuasa angin seluruh dunia masing-masing menurun sehingga 90 peratus dan 80 peratus.
- China Dorong Kerjasama Selatan-Selatan Perubahan Iklim dalam COP28
- China Ikrar Gerakkan Pembangunan Hijau dan Kerjasama Tangani Perubahan Iklim
- China Seru Dunia Kukuhkan Tekad Tangani Perubahan Iklim
- COP28 Lulus Dana 'Kerugian dan Kerosakan'
- China Aktif Sumbangkan Tenaga kepada Tadbir Urus Iklim Global
- Persidangan Perubahan Iklim PBB Buka Tirai di Dubai
- Tinjauan CGTN: 91.4 Peratus Responden Sanjung Usaha China Tangani Perubahan Iklim
- Usaha Global Tangani Perubahan Iklim Masih Tidak Memadai: MFA
- China Sokong Negara Membangun dalam Menangani Isu Perubahan Iklim
- Rundingan Perubahan Iklim China-AS akan Diadakan