- Lain-lain
China Dorong Kerjasama Selatan-Selatan Perubahan Iklim dalam COP28
Semasa berlangsungnya Persidangan ke-28 Pihak-pihak "Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB" (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada masa ini, "Pavilion China" telah menganjurkan satu forum peringkat tinggi tentang kerjasama Selatan-Selatan bagi menangani isu perubahan iklim yang bertema "intensifkan kerjasama iklim Selatan-Selatan yang tulen, dorong pembangunan karbon rendah yang mesra alam" pada pagi semalam waktu tempatan.
Wakil China telah memperkenalkan tindakan dilakukan negara ini dalam konteks kerjasama Selatan-Selatan bagi menangani perubahan iklim. Utusan khas China bagi isu perubahan iklim, Xie Zhenhua berkata, sebagai negara membangunan yang besar yang bertanggungjawab, China terus memberi bantuan kepada negara-negara membangun yang lain dalam mendorong transformasi penggunaan sumber tenaga, mengekalkan iklim tempatan yang utuh dan pembangunan karbon rendah yang mesra alam melalui kerjasama Selatan-Selatan. China bersedia bersama-sama negara membangunan yang lain untuk mengeluarkan suara dan melindungi hak serta kepentingan milik bersama.
Naib Pengarah Perkhidmatan Awam Sekretariat Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), Cyrille Honoré berkata, China ialah salah sebuah negara yang berkeupayaan tinggi dalam mengendalikan projek satelit yang melibatkan jangkauan yang sangat luas.
Pengarah Pejabat Kerjasama Selatan-Selatan PBB, Dima Al-Khatib pula berkata, China berpengaruh besar dalam kerjasama Selatan-Selatan. Setiap negara yang terlibat dalam projek kerjasama terbabit amat menghargai dan memberi pujian tinggi terhadap peranan yang dimainkan China.
- China Seru Dunia Kukuhkan Tekad Tangani Perubahan Iklim
- COP28 Lulus Dana 'Kerugian dan Kerosakan'
- China Aktif Sumbangkan Tenaga kepada Tadbir Urus Iklim Global
- Persidangan Perubahan Iklim PBB Buka Tirai di Dubai
- Tinjauan CGTN: 91.4 Peratus Responden Sanjung Usaha China Tangani Perubahan Iklim
- Usaha Global Tangani Perubahan Iklim Masih Tidak Memadai: MFA
- China Sokong Negara Membangun dalam Menangani Isu Perubahan Iklim
- Rundingan Perubahan Iklim China-AS akan Diadakan
- Wang Yi Temu Duta Iklim AS
- Duta Iklim China, AS Temu di Beijing