- Lain-lain
Persidangan Perubahan Iklim PBB Buka Tirai di Dubai
Persidangan ke-28 Pihak-pihak "Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB" (COP28) telah membuka tirai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Upacara perasmian untuk "Pavilion China" dan side event yang bertemakan "Praktik Tamadun Ekologi dan China Indah" diadakan di Dubai pada hari yang sama.
Menteri Ekologi dan Persekitaran China, Huang Runqiu dalam ucapannya mengatakan bahawa kerajaan China sentiasa mengambil berat terhadap pembinaan tamadun ekologi, memegang dan melaksanakan konsep "Gunung Hijau dan Air Jernih Bagaikan Gunung Emas dan Perak".
Beliau berharap persidangan kali ini akan terus menegakkan amalan multilateralisme, membalas seruan dan permintaan dari negara-negara membangun, mendorong negara-negara maju untuk mencapai pakej penyelesaian dan pelaksanaan Perjanjian Paris secara komprehensif dan berkesan.
Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim , Xie Zhenhua pula berkata, China akan terus memberi sumbangan yang lebih besar dalam membina dunia yang berkembang secara berterusan, hijau dan indah melalui tindakan pantas dan langkah kerjasama Selatan-Selatan dan Selatan-Utara.
Bekas Naib Setiausaha Agung PBB, Erik Solheim menyatakan bahawa China merupakan pelopor di pentas dunia dalam bidang perlindungan alam sekitar dan boleh diteladani negara lain.
- Usaha Global Tangani Perubahan Iklim Masih Tidak Memadai: MFA
- China Sokong Negara Membangun dalam Menangani Isu Perubahan Iklim
- Rundingan Perubahan Iklim China-AS akan Diadakan
- Wang Yi Temu Duta Iklim AS
- Duta Iklim China, AS Temu di Beijing
- China Bantu Mesir Tangani Perubahan Iklim
- Kolaborasi Penting dalam Tangani Perubahan Iklim
- Forum Hak Asasi Manusia Asia Tumpukan Isu Alam, Perubahan Iklim
- COP27 Beri Isyarat Positif Tangani Perubahan Iklim
- Mesyuarat COP14 Labuh Tirai Dengan Penuh Keberhasilan