- Lain-lain
Bortala, Xinjiang: Pemacu Integrasi Industri
Bortala, yang bermaksud padang rumput biru kehijauan dalam bahasa Mongol, digambarkan sebagai “sebidang tanah asing dari barat dan hamparan bumi spiritual di luar dunia ini”. Panorama di sini cukup menakjubkan dan mengasyikkan, dengan pemandangan semula jadi yang tak terungkap indahnya. Tasik-tasik luas terbentang, padang rumput menghijau dan tanah lembap yang subur, telah memupuk penduduk Bortala yang lemah lembut dan pemurah sifatnya.
Juga dipanggil “Bozhou”, Daerah Autonomi Mongol Bortala yang dahulunya pernah berfungsi sebagai hab laluan utara Jalan Sutera purba kini di barisan hadapan dalam usaha negara China untuk membuka pintu kepada dunia di barat. Baik secara domestik mahupun antarabangsa, Bortala telah membangun menjadi sebuah titik pertemuan penting untuk kegiatan import dan eksport barangan menerusi laluan tengah Jalur Ekonomi Laluan Sutera.
Beri goji merah yang menunggu dihidangkan di meja-meja makan pelanggan tempatan dan asing memulakan perjalanan dari sini, dan deretan “unta besi” yang sarat berisi barangan buatan China bertolak dari sini menuju ke pelbagai destinasi di benua Asia dan Eropah.
Dengan memanfaatkan pengaruh sebagai saluran interaksi ekonomi dan perdagangan antara China dan Eropah, Bortala menjadi wadah untuk China berkongsi lagi limpahan hasil daripada keterbukaan yang makin tinggi tahapnya dengan seluruh dunia.
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- China Keluarkan Pelan Induk Zon Rintis Perdagangan Bebas Xinjiang
- Profesor Dari Xinjiang Sangkal Tanggapan Salah “Buruh Paksa”
- Treler: Pengalaman Musim Panas yang Tersendiri di Bortala, Xinjiang, Barat Laut China
- Tradisi Temu Moden di Pastura Xinjiang
- Laluan Kastam 24/7 Pertama di Xinjiang
- Festival Tarian di Xinjiang Dorong Pertukaran Budaya
- Xinjiang Capai Kemajuan dalam Pemasangan Tenaga Hijau
- Perdagangan Luar Xinjiang Berkembang Pesat
- Laluan Penerbangan Langsung Beijing-Hotan Dibuka