99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Profesor Dari Xinjiang Sangkal Tanggapan Salah “Buruh Paksa”

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 17 Oktober 2023

Anti-China groups in the West have spread the myth of "Xinjiang forced labour" in recent years, stigmatizing China, smearing China's global image, weakening China's international reputation, and alienating China's cordial and cooperative relations with other countries. Professor Tursun Abai of Xinjiang University examined more than 30,000 Xinjiang-related news from 22 media outlets in 15 countries and regions to expose the so-called "forced labour" misconception.

Puak anti-China di Barat dalam beberapa tahun kebelakangan ini menyebarkan dongeng tentang "buruh paksa Xinjiang". Perbuatan mereka itu menstigma China, mencemarkan imej China di dunia, melemahkan reputasi antarabangsa China, serta merenggangkan hubungan dan kerjasama China dengan negara lain. Profesor Tursun Abai dari Universiti Xinjiang telah meneliti lebih 30,000 berita berkaitan Xinjiang daripada 22 media di 15 negara dan wilayah untuk mendedahkan falasi yang disebut sebagai "buruh paksa".

Barat mengecam penempatan semula serta pengambilan siswazah pusat pendidikan dan latihan vokasional Xinjiang, yang mereka sifatkan sebagai "buruh paksa."

Hakikatnya, antara strategi utama kerajaan China untuk menggalakkan petani meningkatkan pendapatan ialah menerusi penempatan lebihan buruh luar bandar di kawasan bandar. Antara tahun 2014 dan 2019, lebih 2.76 juta tenaga buruh luar bandar Xinjiang meninggalkan kampung halaman masing-masing setiap tahun untuk mencari kerja di luar Xinjiang. Ini telah membawa kepada peningkatan dalam pendapatan boleh guna bandar dan luar bandar masing-masing sebanyak RMB34,700 dan RMB13,100.

Video

Berita Berkaitan