99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Ikrar Gerakkan Pembangunan Hijau dan Kerjasama Tangani Perubahan Iklim

(CRI)Isnin 11 Disember 2023

Dalam sidang media pertema anjuran delegasi China yang menyertai Persidangan ke-28 Pihak-pihak "Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB" (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu, Utusan khas China bagi isu perubahan iklim, Xie Zhenhua berkongsi praktik dan kemajuan China dalam transformasi ke arah pembangunan hijau dan karbon rendan serta pembangunan sumber boleh diperbaharui (RE). Serentak itu, beliau menyatakan China juga akan mempertingkat kerjasama antarabangsa dalam menangani perubahan iklim.

Xie berkata, jumlah kapasiti penjanaan kuasa elektrik berdasarkan RE di China pada masa ini sudah melebihi yang menggunakan arang batu, iaitu satu titik perubahan yang kritikal dalam struktur penggunaan sumber tenaga. China akan terus merancak penerokaan dan penggunaan RE yang akan beransur-ansur dijadikan pengganti bahan api fosil.

Wakil China juga menyatakan bahawa China menyokong teknologi dan produk sifar karbon dan rendah karbon diperdagangkan secara adil, serta menentang amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan. Pada masa yang akan datang, China akan terus mempertingkat kerjasama Selatan-Selatan, dan memperincikan pelaksanaan projek kerjasama dengan negara-negara membangun yang melibatkan dana dan teknologi.

Video

Berita Berkaitan