- Lain-lain
Siri Aktiviti Waktu Malam Dilancarkan di Beijing (4)
Pemain Guzheng membuat persembahan di Pusat Seni Persembahan Tianqiao pada 21 Oktober. (foto/China Daily) |
Pusat Seni Persembahan Tianqiao telah melancarkan satu siri acara malam mulai 21 Oktober dan akan berakhir pada 30 November depan, membolehkan pengunjung menikmati persembahan secara percuma di situ pada waktu malam, seperti muzik, tarian, Opera Peking dan teater.
Acara ini menampilkan empat bahagian iaitu Penghargaan Malam, Lawatan Malam, Pameran Malam dan Bacaan Malam.
Pameran yang disokong teknologi realiti terimbuh (AR) juga diperkenalkan kepada orang ramai dalam usaha meneroka sejarah dan cerita budaya di sepanjang Paksi Tengah Beijing.
Terletak di sepanjang bahagian selatan Paksi Tengah Beijing, tempat itu telah menjadi destinasi popular untuk pelancong dan pencinta teater sejak dibuka pada 2015.
Paksi Tengah merujuk kepada garisan utara-selatan sepanjang 7.8 kilometer melalui pusat kawasan bersejarah Beijing. Banyak tapak bersejarah dari zaman Dinasti Ming (1368-1644) terletak di sepanjang Paksi Tengah, seperti Temple of Heaven yang lokasinya berhampiran dengan Pusat Seni Persembahan Tianqiao.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- Pembinaan "Jalan Lingkaran Keenam Timur Bawah Tanah" Beijing Dipercepat
- Beijing E-Town Wujudkan Hab Baharu E-Sukan
- Teksi Tanpa Pemandu Mula Khidmat Berbayar di Ibu Negara
- Xi Mahu Beijing Terajui Bidang Sains dan Teknologi
- Organisati Sains dan Teknologi Antarabangsa Mahu Tubuh Pejabat di Beijing
- Beijing Perkenal Akses Cap Tapak Tangan untuk Subway
- Restoran Kerjasama dengan Jenama Terkenal Jamu Minum Petang
- Kenali Paksi Tengah Beijing menerusi Karya Lukisan
- Paksi Tengah Beijing
- Lorong Bandar Beijing yang Dinamik