- Lain-lain
Kenali Paksi Tengah Beijing menerusi Karya Lukisan
Paksi Tengah yang berusia lebih 700 tahun, boleh diibaratkan seperti tulang belakang bagi kota Beijing.
Ia bermula dari Gerbang Yongding di sebelah selatan, berakhir di Menara Dram dan Menara Loceng di sebelah utara.
Dengan menghimpunkan bangunan monumental, bangunan istiadat dan bangunan ikonik yang wujud sejak abad ke-13, Paksi Tengah sejauh 7.8 kilometer itu menjadi saksi kepada tamadun bangsa China.
Kerajaan bandar Beijing turut mengambil pelbagai langkah untuk memulihkan rupa asal Paksi Tengah, sebagai usaha melindungi warisan budaya penting itu.
Baru-baru ini, satu pertandingan seni berasaskan Paksi Tengah diadakan di Beijing dan menarik penyertaan peminat seni lukis pelbagai peringkat umur untuk memaparkan kreativiti masing-masing.
Jom dekati keindahan Paksi Tengah Beijing menerusi karya lukisan!