- Lain-lain
Perkasakan Pembangunan Berkualiti Tinggi di Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, Kata Xi
Simposium mengenai usaha memperkasakan pembangunan berkualiti tinggi di Jalur Ekonomi Sungai Yangtze diadakan di Nanchang, provinsi Jiangxi pada petang Khamis.
Presiden Xi Jinping mempengerusi simposium itu dan menyampaikan ucapan penting.
Beliau berkata, pihak-pihak berkaitan perlu melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan lengkap, tepat dan komprehensif, meningkatkan perlindungan di samping mengelakkan penerokaan besar-besaran, mengutamakan kemajuan ekologi dan pembangunan hijau.
Sementara itu, menurut beliau, pembangunan di kawasan terbabit harus dibimbing oleh inovasi sains dan teknologi, sementara perlindungan alam sekitar harus diperkasakan seiring dengan pembangunan sosioekonomi.
Xi menekankan bahawa kita harus berpandangan jauh dan membina asas yang kukuh untuk mendorong pembangunan berkualiti tinggi di Jalur Ekonomi Sungai Yangtze agar menyokong dan berkhidmat kepada modenisasi ala China.
- Ekonomi China Terus Pulih dengan Mantap
- Pertumbuhan Ekonomi China H1 2023 Pamer Isyarat Positif
- Tampuk Kuasa China Terokai Naratif Baharu untuk Landskap Ekonomi Separuh Kedua 2023
- Ekonomi China Saksikan Trend Pemulihan Baik
- OECD, WB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
- WB Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China kepada 5.6 Peratus
- Xinjiang Wujudkan Kluster Perindustrian, Fokus Nilai Tambah Produk
- PBB Unjur Ekonomi China Berkembang 5.3% Tahun Ini
- Pertumbuhan Ekonomi China Positif Buat Dunia: NIESR
- China Pemacu Utama Pertumbuhan Ekonomi Asia Pasifik: IMF