- Lain-lain
Tampuk Kuasa China Terokai Naratif Baharu untuk Landskap Ekonomi Separuh Kedua 2023
Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) pada Isnin mengadakan sidang untuk menganalisis situasi ekonomi semasa dan menerokai naratif baharu untuk gerak kerja bagi separuh kedua tahun ini.
Menurut keputusan yang dibuat dalam sidang tersebut yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping, hendaklah bertindak pantas merancakkan pembangunan ekonomi dengan mantap, mengamalkan konsep pembangunan baharu secara holistik, teguh dan komprehensif, mempercepatkan langkah pembinaan Paradigma Pembangunan Baharu, memperincikan pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka, dan memperhebatkan kawalan landskap ekonomi melalui pelaksanaan dasar makro.
Pelbagai pihak juga digesa berusaha untuk meningkatkan permintaan domestik dan keyakinan selain berusaha untuk mencegah risiko, dan beransur-ansur mendorong pembaikpulihan prestasi ekonomi.
Sementara itu, yang juga tidak boleh ketinggalan merangkumi usaha untuk memperkasakan penggerak pertumbuhan, meningkatkan jangkaan sosial, terus bersiap siaga terhadap risiko yang tersembunyi dan bertindak mengatasinya supaya dapat mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang rasional dan peningkatan kualitinya yang efisien.
- Ekonomi China Saksikan Trend Pemulihan Baik
- OECD, WB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
- WB Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China kepada 5.6 Peratus
- Xinjiang Wujudkan Kluster Perindustrian, Fokus Nilai Tambah Produk
- PBB Unjur Ekonomi China Berkembang 5.3% Tahun Ini
- Pertumbuhan Ekonomi China Positif Buat Dunia: NIESR
- China Pemacu Utama Pertumbuhan Ekonomi Asia Pasifik: IMF
- Mesyuarat Politburo Analisis Situasi Ekonomi Semasa
- Pemulihan Ekonomi China pada S1 akan Manfaatkan ASEAN
- Pemulihan Ekonomi China Sumbang kepada Pertumbuhan Sejagat