- Lain-lain
Pemulihan Ekonomi China pada S1 akan Manfaatkan ASEAN
Jabatan Statistik Negara China (NBS) mengeluarkan statistik yang menunjukkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menokok 4.5 peratus berbanding masa yang sama tahun lepas pada suku pertama tahun ini (S1), manakala 2.2 peratus lebih tinggi daripada suku keempat tahun lepas.
Pada masa ini, permintaan pengeluaran China kian pulih, sementara pekerja dan harga barangan stabil pada keseluruhannya. Ekonomi China mencapai permulaan baik bagi tahun ini.
Ahli ekonomi kanan dari Pejabat Pengajian Ekonomi Makro ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (AMRO), Foo Suan Yong berpendapat bahawa pemulihan dan pertumbuhan pesat ekonomi China pada suku pertama pasti akan memberikan limpahan manfaat kepada negara-negara ASEAN.
"Pertumbuhan pesat ekonomi China pada suku pertama dicapai ekoran pelaksanaan dasar ekonomi kerajaan China yang berhemat, berjaya membantu perusahaan mengatasi kesukaran. Selain itu, penularan COVID-19 selama tiga tahun tidak merosakkan akar umbi makro ekonomi negara itu," ujar beliau.
Foo berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi China yang pesat juga akan menyuntik kedinamikan kepada ekonomi ASEAN.
"Kawasan ASEAN+3, khususnya negara-negara ASEAN akan mendapat banyak manfaat dari pertumbuhan ekonomi China."
"Saya berpendapat, pelaburan China terhadap ASEAN akan menokok ketara, dengan memfokuskan industri pembuatan sains dan teknologi canggih dan industri perkhidmatan, seperti pembuatan kereta berkuasa bateri atau pembinaan fasiliti pelancongan."
"Di samping itu, ramai warga China akan melancong ke luar negara, dan ini akan banyak memanfaatkan ekonomi tempatan, di samping membawa banyak peluang kerja." ujar Foo.
- Pintu Sempadan China-Vietnam di Guangxi Makin Sibuk
- Tawaran Peluang Kerja Baharu Sebanyak 12.06 Juta pada 2022
- Peruntukan dalam R&D di China Melepasi RMB3 Trilion 2022
- PMI Pembuatan China Catat 50.1 Peratus pada Januari
- Potensi Penggunaan China Galak Ekonomi Dunia
- PMI Pembuatan China Pamer Peningkatan
- Rundingan CAFTA Versi 3.0 Bermula, Terus Teroka Potensi Perdagangan
- Pelabur Asing Yakin Prospek Ekonomi China: CCPIT
- ASEAN Kekal Rakan Dagang Terbesar China
- Pengeksport Makanan Laut Vietnam Dapat Manfaat melalui Dagangan dengan China
- Pemulihan Ekonomi China Sumbang kepada Pertumbuhan Sejagat
- Syarikat Multinasional Terus Kembang Sayap di China
- Pertunjukan Dron Makin Biasa Apabila Ekonomi Meningkat
- KDNK China Langkaui RMB 121 T pada 2022
- Moody Naikkan Unjuran Ekonomi China
- Li: Pertumbuhan Ekonomi China Berpurata 5.2% Setiap Tahun
- GAMF Fokus Tindak Balas terhadap Perubahan Landskap Dunia
- IMF Unjurkan Pertumbuhan Ekonomi China 5.2% Tahun 2023
- China Komited Memberi Sumbangan kepada Pembangunan Ekonomi Dunia
- Infografik: Dagangan Asing China Kembali Tumbuh