99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

OECD, WB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China

(CRI)Khamis 08 Jun 2023

Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang beribu pejabat di Paris telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2023 kepada 5.4 peratus.

Menurut laporan prospek ekonomi dunia OECD yang dikeluarkan pada Rabu, angka tersebut sekali gus menyaksikan pertambahan sebanyak 0.1 mata peratus berbanding unjuran pada Mac.

Terdahulu pada Isnin, Bank Dunia (WB) dalam laporannya Prospek Ekonomi Dunia pula dilihat optimis terhadap pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini apabila menaikkan unjuran berkenaan kepada 5.6 peratus, iaitu 1.3 mata peratus lebih tinggi berbanding unjuran pada Januari.

Laporan WB menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi di Asia Timur dan rantau Pasifik pada tahun ini dijangka akan mencatat 5.5 peratus, berbanding hanya 3.5 peratus pada 2022.

Memetik WB, peningkatan kadar itu adalah susulan pemulihan ekonomi China yang mengimbangi impak kelemahan ekonomi kebanyakan entiti ekonomi serantau.

"Ekonomi China pada tahun ini kelihatan berkembang sangat pesat, dengan jumlah jualan runcit meningkat dengan besar, manakala pengeluaran perindustrian meningkat dengan stabil."

"Prestasi ekonomi China yang baik ini telah merangsang pertumbuhan ekonomi serantau," lapor WB.

Pada masa sama, OECD dan WB turut melaporkan unjuran terhadap kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada 2023 masing-masing sebanyak 1.6 peratus dan 1.1 peratus.

WB turut menyatakan bahawa kadar faedah AS yang naik secara drastik akan membawa cabaran besar kepada pasaran baharu dan entiti ekonomi moden, sekali gus mengakibatkan kemungkinan tercetusnya pertambahan krisis kewangan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan