- Lain-lain
Pertumbuhan Ekonomi China H1 2023 Pamer Isyarat Positif
Ekonomi China meneruskan operasi mantap pada separuh pertama tahun ini, susulan prestasi cemerlang kebanyakan wilayah yang mencatatkan pertumbuhan lebih pesat.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 15 wilayah antaranya Jiangsu dan Zhejiang direkodkan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan seluruh negara yang mencatat 5.5 peratus.
Bandar Shanghai serta wilayah Hainan, Mongolia Dalam dan Zhejiang masing-masing dicatat melebihi 6.8 peratus.
Ia juga menyaksikan sumbangan penggunaan terhadap pertumbuhan ekonomi bertambah secara drastik pada tempoh tersebut.
Untuk rekod, jumlah keseluruhan jualan runcit barang pengguna di 19 wilayah naik sebanyak tujuh peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, hasil daripada dasar negara yang memperkuat ekonomi sebenar dan mempercepat transformasi perindustrian, struktur industri pembuatan seluruh China semakin dioptimumkan dengan kualiti pembangunan terus meningkat.
Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi domestik, Guangdong yang terlebih dahulu mengemukakan strategi 'mengutamakan pembuatan' merealisasikan pertambahan pelaburan pembuatan sebanyak 18.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan pelaburan dalam pembuatan berteknologi tinggi melambung 21.3 peratus.
- Tampuk Kuasa China Terokai Naratif Baharu untuk Landskap Ekonomi Separuh Kedua 2023
- Ekonomi China Saksikan Trend Pemulihan Baik
- OECD, WB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
- WB Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China kepada 5.6 Peratus
- Xinjiang Wujudkan Kluster Perindustrian, Fokus Nilai Tambah Produk
- PBB Unjur Ekonomi China Berkembang 5.3% Tahun Ini
- Pertumbuhan Ekonomi China Positif Buat Dunia: NIESR
- China Pemacu Utama Pertumbuhan Ekonomi Asia Pasifik: IMF
- Mesyuarat Politburo Analisis Situasi Ekonomi Semasa
- Pemulihan Ekonomi China pada S1 akan Manfaatkan ASEAN