99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Shanghai Kekal Kedudukan Tangga Ketiga Sebagai Hab Teknologi Kewangan Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 Disember 2024

Foto Shangai yang turut menampilkan Sugai Huangpu ketika terbit fajar. (Foto China Daily)

Foto Shangai yang turut menampilkan Sugai Huangpu ketika terbit fajar. (Foto China Daily)

Indeks pembangunan pusat teknologi kewangan global 2024 sekali lagi meletakkan Shanghai di tangga ketiga buat dua tahun berturut-turut, lapor agensi berita China Daily.

Menurut senarai yang dikeluarkan semasa Forum Teknologi Kewangan Antarbangsa Shanghai ke-6 baru-baru ini, New York terus mendahuluui carta meliputi pengukur teknologi kewangan dari segi tahap pembangunan, potensi pertumbuhan dan persekitaran pembangunan keseluruhan.

London mengekalkan tempat kedua, diikuti Shanghai, Beijing, Shenzhen, Tokyo, Chicago, Hong Kong, Singapura dan San Francisco.

Seorang pakar pada forum itu berpendapat bahawa meskipun kedudukan lima teratas kekal tidak berubah, namun ia menunjukkan bahawa jurang pembangunan teknologi kewangan dalam kalangan bandar-bandar tersebut telah mengecil, yang menyaksikan peningkatan persaingan dalam sektor berkenaan.

Shanghai turut memperlihatkan kemajuan dari sudut permohonan teknologi kewangan, serta mengenepikan bandar London dari segi pelaburan penyelidikan dan pembangunan, hasil inovasi dan saiz industri teknologi maklumat.

Profesor Chen Yun dari Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi Awam di Univesiti Ekonomi dan Kewangan Shanghai berkata bahawa pelaburan teknologi kewangan telah surut dalam skala global susulan kemunculan kecerdasan buatan yang menggamit tumpuan, serta diikuti dengan faktor pembangunan pusat teknologi kewangan yang semakin pelbagai.

Untuk rekod, Shanghai mempunyai sekitar 2,000 syarikat teknologi kewangan.

Timbalan dekan Shanghai Jiao Tong Institut Kewangan Termaju Universiti Shanghai, Li Feng menjelaskan bahawa bank perdagangan yang berpangkalan di Shanghai, seperti Bank of Communications dan Shanghai Pudong Development Bank, telah menerajui seluruh negara dari segi pembangunan fintech, meskipun kadar pertumbuhan pelaburan yang perlahan sepanjang tahun lalu.

Antara semua 12 pembrokeran keselamatan di China yang telah melabur lebih RMB1 bilion (AS$137 juta) dalam pembangunan teknologi kewangan, empat daripadanya berpangkalan di Shanghai.

Kata Li, projek inovasi teknologi kewangan di Shanghai secara amnya termasuk penyertaan pelbagai institusi dan penyepaduan teknologi berbeza, seperti penyepaduan AI, blockchain dan pengkomputeran awan.

Video

Berita Berkaitan