- Lain-lain
Shanghai Perkenal Kad Perjalanan Prabayar, Permudah Pelancong Masuk
Ais krim, kad perjalanan prabayar pelbagai guna Shanghai Pass dan resit pembelian dalam satu gambar dengan di Muzium Shanghai sebagai latar belakang pada 22 Mei 2024. (Xinhua/Chen Aiping) |
Shanghai telah mengeluarkan Shanghai Pass, iaitu kad perjalanan prabayar pelbagai guna bagi membantu pembayaran mudah oleh pengembara masuk dan pelawat lain yang tidak menggunakan mod pembayaran mudah alih.
Dengan baki maksimum RMB1,000 (kira-kira AS$140 dolar), Shanghai Pass boleh digunakan di pelbagai tempat seperti pengangkutan awam, tempat kebudayaan dan pelancongan serta pusat beli-belah.
Pengeluar kad itu, Syarikat Shanghai City Tour Card Development dalam satu kenyataan memberitahu bahawa kad itu boleh dibeli dan ditambah nilai semula di lapangan terbang Hongqiao dan Pudong, dan stesen kereta api bawah tanah utama seperti Stesen People's Square.
Menurut syarikat itu lagi, kad itu juga boleh digunakan dalam bas, kereta api bawah tanah, teksi, feri, dan tarikan pelancong seperti Menara Mutiara Oriental Shanghai, Muzium Shanghai dan Taman Haiwan Liar Shanghai.
Difahamkan, pemegang kad boleh mendapatkan semula baki wang apabila meninggalkan Shanghai.
Lebih menarik, kad itu juga boleh digunakan untuk pengangkutan awam di banyak bandar lain, termasuk Beijing, Guangzhou, Xi'an, Qingdao, Chengdu, Sanya dan Xiamen.
Mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi oleh warga asing khususnya yang bergantung kepada mod pembayaran kad bank dan wang tunai, pihak berkuasa China telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kemudahan pelancongan.
Untuk rekod, pembayaran mudah alih tanpa tunai atau tanpa kad merupakan kaedah pembayaran utama di China pada masa ini.
Pada suku pertama tahun ini, Shanghai menerima 1.27 juta pelancong masuk, sekali gus menyaksikan peningkatan 250 peratus dari tahun ke tahun.
Pentadbiran Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Shanghai menjangkakan bahawa bandar itu akan menerima kira-kira lima juta pelancong masuk untuk sepanjang tahun.
- Shanghai Terima 326 Juta Pelancong pada 2023
- Kemeriahan Pesta Tanglung Taman Yuyuan Shanghai
- Pelancong Rasai Suasana Drama di Jalanan Shanghai
- Taman Zootopia Pertama Buka di Disneyland Shanghai
- Lima Pemenang "Anugerah Shanghai" Sempena Hari Bandar Sedunia
- Shanghai Umum Fasa III Projek Kitar Semula Sampah Basah