99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Shanghai Sambut Pelancong dari Kapal Persiaran Mewah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 April 2024

 Foto pelancong luar negara tiba di Terminal Pelayaran Antarabangsa Wusongkou Shanghai. (foto/China Daily)

Foto pelancong luar negara tiba di Terminal Pelayaran Antarabangsa Wusongkou Shanghai. (foto/China Daily)

Ketibaan kapal persiaran mewah Spectrum of the Seas milik Royal Caribbean di Terminal Pelayaran Antarabangsa Wusongkou Shanghai pada Jumaat lalu, sekali gus menandakan kedatangan kumpulan pelancongan di Shanghai dengan bilangan terbesar untuk satu perjalanan pelayaran.

Memetik data rasmi Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Shanghai, kapal itu membawa hampir 4,000 pelancong antarabangsa dari negara termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Australia.

Dibina dengan kos 1.25 bilion dolar Amerika, kapal persiaran mewah seberat 168,000 tan itu dihasilkan khusus untuk pasaran China pada 2019, dan boleh memuatkan maksimum 5,064 tetamu.

Pada 27 April, Spectrum of the Seas akan memulakan pelayaran sulungnya dari Shanghai iaitu tempat pelabuhan asalnya, dengan membawa lebih 3,700 penumpang di atas kapal, seterusnya menuju ke Fukuoka di Jepun.

Menurut Royal Caribbean, kapal itu akan menawarkan lebih daripada 120 pelayaran sehingga Mei 2026, dengan jadual perjalanannya antara empat hingga tujuh malam.

"Sejak sekian lama, Shanghai telah menjadi pilihan pertama untuk pelancong masuk.

"Antara semua perjalanan masuk, perjalanan dengan kapal persiaran sangat popular," kata Liu Zinan, naib presiden kanan Kumpulan Royal Caribbean Group

Dari Januari hingga Mac, 10 kapal persiaran melawat Shanghai dan perjalanan penumpang ke bandar itu direkodkan sebanyak 22,379 orang.

Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Shanghai turut menjangkakan bilangan kapal persiaran dan perjalanan penumpang akan mencecah angka 18 dan 40,306 masing-masing untuk sepanjang tahun.

Video

Berita Berkaitan