- Lain-lain
Survei: Makin Banyak Anjing Rakun Liar di Shanghai
Populasi anjing rakun (raccoon dog) liar kian meningkat di Shanghai, dan habitat haiwan itu semakin lama semakin luas. Demikian dapatan survei kerjasama Universiti Fudan, Stesen Perhutanan Shanghai dan Pusat Pemuliharaan Shanshui.
Shanghai, metropolis dengan penduduk kira-kira 25 juta orang, merupakan tempat tinggal ribuan anjing rakun, sejenis mamalia yang dilindungi di peringkat negara. Haiwan tersebut berkeliaran di jalanan dan kawasan perumahan Shanghai seperti wesel di Beijing dan musang di London.
Survei terkini di Daerah Songjiang menunjukkan bahawa mamalia ini dapat dilihat di 22 daripada 50 kawasan perumahan dengan bilangan antara satu hingga 50 di setiap kawasan. Angka puratanya adalah 10.82.
Menurut Wang Fang, seorang penyelidik di Universiti Fudan, populasi anjing rakun di Shanghai dianggarkan antara 3,000 hingga 5,000.
Shanghai yang kini merupakan pusat kewangan di timur China, pada masa dahulu dihuni banyak mamalia seperti kucing hutan, luak dan wesel Siberia yang kebanyakannya telah kehilangan habitat ekoran urbanisasi yang pesat, kata Wang.
Bagaimanapun, anjing rakun telah menyesuaikan diri dengan persekitaran bandar dan bilangannya semakin meningkat. Tambah Wang, adanya kawasan hijau, tanah lembap dan taman yang semakin luas juga faktor yang membawa kepada keadaan semasa.
Kebelakangan ini, penduduk tempatan dapat melihat mamalia ini dengan lebih kerap. Kadangkala menjadi berita gempar dalam akhbar tempatan apabila anjing rakun bergaduh dengan anjing peliharaan.