99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Galak Penduduk Shanghai Bersinergi Bina Bandar Harmoni

(CRI)Isnin 04 November 2024

Presiden China Xi Jinping membalas surat kepada ahli-ahli dari kumpulan program syarahan "Laoyangshu” dari daerah Yangpu, bandar Shanghai baru-baru ini, menyampaikan mogaan baik selain mengemukakan harapan kepada mereka.

Xi dalam suratnya menyatakan, ahli-ahli dari kumpulan itu memberikan syarahan tentang sejarah dan teori inovasi Parti serta kemajuan Shanghai pada era baharu kepada penduduk awam, inilah perkara yang amat bererti.

Xi berharap mereka mendorong lebih ramai penduduk turut ikut serta dalam tindakan mempraktis konsep bandar rakyat, aktif menyertai pembinaan dan tadbir urus bandar, agar bersama-sama membina bandar indah dan harmoni serta mencipta kehidupan yang lebih sejahtera.

Kumpulan program syarahan "Laoyangshu” terdiri daripada pesara dari pelbagai kalangan masyarakat yang berkhidmat atau menetap di daerah Yangpu. Mereka secara spontan memberikan syarahan tentang teori inovasi Parti dan konsep bandar rakyat kepada penduduk di peringkat akar umbi.

Video

Berita Berkaitan