- Lain-lain
Ketibaan Penumpang Kapal Persiaran Adora Magic City 250 Ribu Orang
Dimaklumkan dari China State Shipbuilding Corporation (CSSC), ketibaan penumpang yang menaiki kapal Adora Magic City, telah mencecah 250 ribu orang. Sejak dimulakan pelayaran sulungnya untuk tujuan komersial pada 1 Januari tahun ini, kapal persiaran besar buatan China yang pertama itu, telah menyelesaikan sebanyak 64 perjalanan.
Hari ini (7 Oktober), Adora Magic City telah menyelesaikan perkhidmatannya untuk program persiaran yang bertemakan Sambutan Hari Kebangsaan selama 7 hari 6 malam dan kembali ke pelabuhan ibunya di Shanghai dengan ditumpangi lebih 5,000 orang pelancong dari dalam dan luar negara.
Kapal Adora Magic City dan kapal Adora Mediterranea akan memulakan musim operasi antara 6 pelabuhan pada tahun 2025 yang akan datang, yang akan menyaksikan hampir 170 laluan persiaran antarabangsa beroperasi dalam keadaan yang sibuk yang dipercayai boleh memenuhi keperluan penumpang yang bermacam-macam.
Sementara itu, kapal persiaran besar buatan China yang kedua masih berada di tahap pembinaan , dan dijangka akan selesai dibuat pada penghujung tahun 2026, dengan pelabuhan Guangzhou dijadikan pangkalan untuk pengendaliannya.
- Pemecah Ais Xuelong-2 Buat Kemunculan Sulung di HK
- Kapal Pesiaran Mega "Serenade of the Seas" Singgah di Tianjin
- Laluan Pelayaran Persiaran Antarabangsa Pertama Pingtan Beroperasi
- Adora Magic City Mulakan Perjalanan Sempena TBC
- Adora Magic City Selesai Pelayaran Komersial Sulung
- Adora Magic City Tawar Pengalaman Unik Buat Pengunjung
- Kapal Persiaran Besar Buatan China Lakukan Pelayaran Sulung
- Adora Magic City Lakukan Operasi Percubaan
- Kapal Persiaran Besar Buatan China Selesai Pelayaran Percubaan
- Kapal Persiaran Pertama Buatan China Mulakan Ujian Pelayaran