- Lain-lain
Kapal Pesiaran Mega "Serenade of the Seas" Singgah di Tianjin
Kapal pesiaran "Serenade of the Seas" yang membawa hampir 2,000 pelancong dari serata tempat di dunia singgah di pelabuhan Tianjin pagi Ahad.
Pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis dan lain-lain akan memulakan perjalanan selama dua hari di negara Tembok Besar ini.
Laluan pelayaran global selama 275 hari yang dikendalikan kapal pesiar tersebut merupakan laluan persiaran paling panjang di dunia setakat ini.
Tianjin merupakan satu-satunya tempat singgah bagi kapal itu di China, dan juga destinasi ke-68 dalam laluan pelayarannya.
Di pelabuhan Tianjin, persembahan muzik tradisional China, tarian naga dan singa, opera Peking turut disajikan kepada pelacong asing dan menarik perhatian ramai.
Statistik menunjukkan, Tianjin telah menerima kunjungan 41 buah kapal persiaran antarabangsa sejak awal tahun ini, bilangan pelancong mencatat 93,000 orang, menyaksikan pemulihan pelancongan kapal persiaran yang semakin hangat.
- Laluan Pelayaran Persiaran Antarabangsa Pertama Pingtan Beroperasi
- Adora Magic City Mulakan Perjalanan Sempena TBC
- Adora Magic City Selesai Pelayaran Komersial Sulung
- Adora Magic City Tawar Pengalaman Unik Buat Pengunjung
- Kapal Persiaran Besar Buatan China Lakukan Pelayaran Sulung
- Adora Magic City Lakukan Operasi Percubaan
- Kapal Persiaran Besar Buatan China Selesai Pelayaran Percubaan
- Kapal Persiaran Pertama Buatan China Mulakan Ujian Pelayaran
- Kapal Persiaran Pertama Buatan China Keluar Dok