99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kapal Persiaran Besar Buatan China Selesai Pelayaran Percubaan

(CRI)Selasa 25 Julai 2023

Adora Magic City, iaitu kapal persiaran bersaiz besar buatan China yang pertama selamat berlabuh di pelabuhan Shanghai selepas menyelesaikan pelayaran percubaan selama lapan hari, pada Isnin.

Difahamkan, hasil-hasil yang didapati daripada pelayaran percubaan kali ini telah mencapai piawaian reka bentuk.

Ia sekali gus menandakan pencapaian signifikan kapal gergasi itu, serta satu langkah besar untuk ia memasuki fasa penyerahan kepada pembeli yang dijadualkan berlaku pada penghujung tahun ini.

Untuk rekod, pelayaran percubaan yang bermula pada 17 Julai melibatkan ujian lebih daripada 60 aspek seperti sistem pendorong, sistem pengendalian dan keselesaan.

Ketua arkitek projek kapal persiaran bersaiz besar dari syarikat China Shipbuilding, Zhou Qi menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya menyelesaikan misi pelayaran percubaan pertama yang dijadualkan.

"Ia bukan sahaja untuk mengesahkan kuasa pelayaran kapal, tetapi juga untuk memeriksa keselesaan seluruh kapal dan menguji pengoperasian pelbagai sistem."

"Ini ujian komprehensif kali pertama," ujarnya.

Menurut laporan, seramai 1,217 individu menyertai pelayaran percubaan tersebut, dan Adora Magic City kini berada pada fasa penyahpepijatan sistem peralatan dan hiasan dalaman.

Dengan kejayaan pelayaran tersebut, ia sekali gus turut meletakkan asas kukuh untuk pelayaran percubaan kali kedua dan penamaan serta penyerahan pada penghujung tahun ini.

Berita Berkaitan