Pembangunan Pelancongan Padang Pasir di Dalad Banner Seiring Dengan Perlindungan Ekologi
|
Para pelancong berseronok di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China pada 31 July 2024.(Xinhua/Li Zhipeng) |
Li Fang sedang memberi taklimat tentang laluan untuk bersiar-siar di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada 31 Julai 2024.
Li Fang, 30, merupakan pegawai yang bertanggungjawab di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala, iaitu destinasi pelancongan popular di Dalad Banner. Dengan usaha gigihnya, satu kem kapsul dibuka baru-baru ini, sekali gus menjadi tarikan baharu untuk pelancong domestik dan luar negara.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, kedatangan pelancong yang berpusu-pusu juga secara tidak langsung membuka lebih peluang pekerjaan untuk penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu, selain mendapat pulangan lumayan menerusi projek yang dibangunkan secara bersama tersebut.
Menurut Li, perlindungan ekologi juga perlu dititikberatkan dalam pembangunan pelancongan.
Katanya, lebih banyak elemen hijauan yang subur akan ditambah di padang pasir untuk memastikan keseimbangan antara aktiviti ekonomi dan kelestarian semula jadi.
|
Pelancong menaiki motorsikal di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China pada 31 Julai 2024.(Xinhua/Li Zhipeng) |
|
Foto yang diambil menggunakan dron ini memperlihatkan pelancong sedang menunggang unta di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Li Zhipeng). |
|
Pelancong berjalan masuk ke kem kapsul di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. (Xinhua/Li Zhipeng) |
|
Li Fang berbual dengan rakannya di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China pada 31 Julai 2024.(Xinhua/Li Zhipeng) |
|
Li Fang berkomunikasi dengan penduduk kampung yang menjalankan perniagaan sewa kenderaan luar jalannraya di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China pada 31 Julai 2024.(Xinhua/Li Zhipeng) |
|
Foto sudut udara ini memaparkan pelancong yang sedang menaiki kereta kabel di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Li Zhipeng) |
|
Foto bertarikh 30 Julai 2024 ini memperlihatkan kem kapsul di kawasan pemandangan Padang Pasir Yinkentala di Dalad Banner, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. (Xinhua/Li Zhipeng) |