- Lain-lain
Xi: Terus Pergiat Rancangan Mega "Tembok Besar Hijau"
Presiden China, Xi Jinping memberi penekanan agar pembinaan pelindung hijau di utara China perlu terus dipergiat.
Jelas beliau, usaha tersebut harus diteruskan sehingga terciptanya keajaiban baharu dalam pencegahan hakisan tanah dan penghijauan.
Xi berkata demikian ketika mempengerusikan seminar pencegahan hakisan tanah dan penghijauan komprehensif ketika meninjau di bandar Bayannao'er, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China, baru-baru ini.
Difahamkan, untuk menangani bencana ribut pasir, projek hutan pelindung "Sanbei" telah dimulakan kerajaan China pada penghujung 1970-an.
Keluasan projek itu melebihi 4.35 juta kilometer persegi, sekali gus meliputi 45 peratus tanah wilayah China.
Projek yang dikenali sebagai "tembok besar hijau" itu dijangka akan dilaksanakan selama 70 tahun dengan lapan penggal dan kini ia sedang berada dalam penggal keenam.
Ketika mengulas mengenai kaedah untuk menjadikan projek tersebut lebih mampan dari sudut keselamatan ekologi negara dan kelestarian pembangunan rakyat, Xi mengemukakan tiga cadangan.
"Pertama, bukit, air, hutan, ladang pertanian, tasik, tumbuhan dan pasir perlu diuruskan secara sistematik di samping itu membentuk ekosistem hutan, padang rumput, tanah paya dan tanah gurun. Kedua, melakukan penghijauan di tanah gurun secara saintifik. Ketiga, kerjasama dan interaksi antarabangsa perlu dijalankan secara meluas," ujar beliau.
- Kejayaan Tadbir Urus Ekologi China Dapat Pujian
- China Lulus Undang-Undang Lindung Ekosistem Dataran Qinghai-Tibet
- Usaha CNBG Pulihara Tumbuhan Capai Kemajuan Baharu
- Komuniti Langit Gelap Antarabangsa China yang Pertama Dianugerahi
- Yushu, Qinghai, Tempat yang Didambakan Jurugambar Hidupan Liar
- China Miliki 18 Tanah Lembap Antarabangsa Baharu
- Kawanan Burung Bayan Terbang Bawah Matahari Terbenam
- Projek Gunung Air China Disenarai Projek Pembaikpulihan Ekosistem Sedekad PBB
- Survei: Makin Banyak Anjing Rakun Liar di Shanghai
- Populasi Panda Meningkat kepada 673 di Seluruh Dunia