- Lain-lain
Musim Paling Sibuk bagi Gembala di Mongolia Dalam
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 06 April 2023
Anak lelaki Tsogdelger, Hanagar memberi seekor anak biri-biri makan di Ujimqin Barat, Xilingol, wilayah autonomi Mongolia Dalam di utara China, 29 Mac 2023. (Xinhua/Wang Kaiyan) |
Musim bunga setiap tahun merupakan waktu yang paling sibuk bagi Tsogdelger, seorang gembala etnik Mongol, dan juga keluarganya kerana inilah musim biri-biri beranak dan ternakan perlu diberi makan tiap-tiap hari.
Sejak 18 Mac, lebih 280 ekor anak biri-biri telah dilahirkan di ladangnya. Di seluruh kawasan Ujimqin Barat pula, bermula awal tahun hingga 30 Mac lalu, sebanyak 581,300 anak haiwan ternakan dilahirkan. Daripadanya, 100,900 adalah haiwan ternakan besar dan 480,400 haiwan ternakan kecil, dengan kadar kemandirian setinggi 99.18%.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang