99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sukan Olimpik 2024 Tarikan Besar Buat Pelancong China

Peminat China mengambil gambar dengan berlatar belakangkan lima gelung Olimpik di bahagian luar Arena Selatan Paris di Perancis. (China Daily/Wei Xiaohao)

Peminat China mengambil gambar dengan berlatar belakangkan lima gelung Olimpik di bahagian luar Arena Selatan Paris di Perancis. (China Daily/Wei Xiaohao)

Pakar dalam bidang pelancongan berpendapat bahawa Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan tarikan utama bagi kedatangan pelancong China yang berpusu-pusu ke Perancis pada musim panas ini, dan berharap bahawa impak tersebut akan berterusan sehingga pasca Olimpik.

Menurut laporan agensi berita China Daily, Uzai.com iaitu portal pelancongan dipetik sebagai berkata bahawa tempahan melancong ke Perancis memperlihatkan pertumbuhan menggalakkan pada platformnya semasa Olimpik, dan ribuan pelanggannya akan ke Paris untuk mengalami sendiri suasana gala sukan itu.

Han Jie, Pengerusi Syarikat CYTS Aoyou, agensi pelancongan yang beribu pejabat di Beijing pula berkata tempahan melancong ke Perancis telah bermula sejak pertengahan Jun, dan angka kumpulan melancong ke negara itu menyaksikan kenaikan 60 peratus dari tahun ke tahun pada musim panas ini.

Lapor China Daily lagi, sebuah lagi agensi pelancongan iaitu Trip.com memaklumkan bahawa setakat penghujung Julai, tempahan melancong ke Paris dari rakyat negara Tembok Besar semasa Olimpik meningkat 114 peratus dari tahun ke tahun, dengan tempahan hotel di bandar itu pula melonjak 194 peratus di platform Trip.com.

Jurutera komunikasi dari Beijing, Li Yanjun, 32, yang tiba di Paris pada Khamis bersama-sama isterinya ketika diwawancara China Daily berkata dirinya telah menyediakan pelan perbelanjaan kira-kira RMB20,000 (sekitar RM12,346) seorang untuk lawatan lima hari. Namun, dia merasakan bahawa angka tersebut berkemungkinan untuk naik sehingga dua kali ganda.

Sebilangan besar pakar pelancongan dan pemain industri turut bersependapat bahawa Perancis merupakan destinasi popular bagi pelancong China buat sekian lama, dan turut menyatakan pelancongan berkait Olimpik Perancis akan terus melonjak, sekali gus mewujudkan kesan limpah terhadap negara-negara lain di Eropah.

Qi Chunguang, naib presiden portal pelancongan Tuniu berkata bahawa pihaknya turut menyaksikan beberapa pelanggan cuba untuk mengelak daripada datang ke Perancis sewaktu Olimpik berikutan harga tiket yang mahal.

Video

Berita Berkaitan