99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Rekod Lebih 400 Juta Perjalanan Penumpang Kereta Api Pada Julai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 02 Ogos 2024

Foto penumpang di platfrom Stesen Kereta Api Barat Tianjin di utara China pada 6 Julai 2024. (Xinhua/Li Ran)

Foto penumpang di platfrom Stesen Kereta Api Barat Tianjin di utara China pada 6 Julai 2024. (Xinhua/Li Ran)

Kumpulan Kereta Api Kebangsaan China (China Railway) pada Khamis mengumumkan bahawa China merekodkan 423 juta perjalanan penumpang kereta api pada bulan Julai, iaitu separuh pertama bagi kemuncak perjalanan musim panas selama dua bulan.

Angka tersebut menyaksikan peningkatan empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan jumlah purata harian perjalanan penumpang kereta api untuk bulan itu sahaja berjaya mencecah 13.63 juta.

Sejak permulaan cuti musim panas, perjalanan pelajar, pelancongan dan balik kampung menunjukkan permintaan yang sangat baik, secara tidak langsung mengekalkan aliran perjalanan penumpang kereta api pada tahap yang tinggi.

Meskipun terdapat elemen keadaan cuaca yang ekstrim seperti bencana banjir, pihak pengendali menyatakan bahawa pengangkutan barang dan penumpang dapat diteruskan.

China Railway juga memberitahu pihaknya bekerja keras untuk memastikan pengangkutan penumpang pada musim panas serta penghataran bahan utama untuk sara hidup rakyat terjamin, sekali gus memberikan bantuan kukuh terhadap pejalanan penumpang dan operasi ekonomi.

Kebiasaannya, kemuncak perjalanan musim panas merupakan tempoh sibuk bagi sistem kereta api negara berikutan mahasiswa yang pulang ke kampung halaman, dan diikuti dengan aktiviti lawatan keluarga serta pelancongan. Pada tahun ini, kemuncak perjalanan musim panas bermula pada 1 Julai sehingga 31 Ogos.

Video

Berita Berkaitan