- Lain-lain
Pelancong China Kekal Jadi Keutamaan Malaysia
(Foto/Xinhua)
Pasaran pelancong masuk dari China kekal menjadi keutamaan bagi Malaysia, dengan kedatangan pelancong dari negara Tanah Besar itu meningkat ketara sejak peraturan pandemik dimansuhkan.
Demikian ujar Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia, Shaharuddin Abu Sohot semasa menyampaikan ucapannya pada Siri Sesi Perangkaian Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) 2024, Khamis lalu.
Beliau berkata, pelancong China merupakan penyumbang signifikan terhadap ekonomi Malaysia, dan ia membantu dalam memperkukuh hubungan dua hala, selain menyumbang kepada ekosistem pelancongan serta perniagaan tempatan.
“Tahun lalu, Malaysia menerima 1,474,114 pelancong China, iaitu peningkatan sebanyak 593.4 peratus daripada 212,603 pelancong pada tempoh sama tahun 2022,” ujar Shaharuddin.
MCS 2024 yang disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia itu dijadual untuk berlangsung mulai 17 hingga 19 Disember nanti, dan ia merupakan salah satu program sempena sambutan ulang tahun penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia ke-50.
- Lawatan Separuh Hari Percuma di Shanghai untuk Penumpang Transit Antarabangsa
- Tempahan Pelancongan Melonjak Menjelang Cuti Hari Pekerja
- Semakin Ramai Pelancong dari Negara ASEAN Masuk China dari Guangxi
- Shanghai Terima Kunjungan Pelancong Asing Berjumlah Besar
- Pengecualian Visa Rancakkan Pelancongan Asia Tenggara
- China Hadir Semula ITB Berlin 2024
- TBC: 13.517 Juta Perjalanan Masuk Keluar Sempadan
- Bilangan Pelancong Domestik Dijangka Lepasi 6 Bilion Tahun Ini
- Jumlah Pelancong Domestik China 2023 Catat 4.891 Bilion
- Negara Asia Siap Terima Kedatangan Pelancong China Sempena TBC