- Lain-lain
China Hadir Semula ITB Berlin 2024
Pameran Perdagangan Pelancongan Antarabangsa Berlin 2024 (ITB Berlin 2024) diadakan di Berlin, Jerman dari 5 hingga 7 Mac. Ini juga merupakan kehadiran semula pempamer China dalam temasya ini dalam tempoh empat tahun lalu.
Sebagai temasya antarabangsa yang paling berprestij dalam bidang industri pelancongan, ITB Berlin tahun ini akan berlangsung selama tiga hari dan menarik penglibatan lebih 5,500 pempamer dari lebih 170 buah negara dan wilayah dan dijangka menarik kunjungan kira-kira 100,000 pelawat profesional dari seluruh dunia.
Pada majlis pembukaan Pavilion China di ITB Berlin yang diadakan pada Selasa waktu tempatan, Menteri Kedutaan Besar China di Jerman, Zeng Yingru menyampaikan ucapan berkata, kerajaan China memperkenalkan siri langkah mempromosi pelancongan pada mutakhir ini.
“Pada bulan Disember tahun 2023, kerajaan China memberikan pengecualian visa selama 15 hari secara sepihak untuk rakyat Jerman dan beberapa negara lain. China yang mempunyai sumber kebudayaan dan pelancongan yang banyak, infrastruktur pelancongan yang baik dan kategori sektor industri pelancongan yang lengkap mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa," katanya.
Untuk rekod, dalam pameran kali ini, Pejabat Pelancongan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China di Frankfurt mengorganisasi jabatan pentadbiran kebudayaan dan pelancongan, perusahaan pelancongan dan syarikat penerbangan dari 13 provinsi dan bandar domestik termasuk bandar Beijing dan Shanghai serta provinsi Jiangsu, Zhejiang, Guangdong, Hainan dan Sichuan untuk mengetengahkan imej pelancongan negara dari segenap aspek di reruai pameran yang seluas 407 meter persegi, bagi mempromosikan sumber budaya dan pelancongan China.
- TBC: 13.517 Juta Perjalanan Masuk Keluar Sempadan
- Bilangan Pelancong Domestik Dijangka Lepasi 6 Bilion Tahun Ini
- Jumlah Pelancong Domestik China 2023 Catat 4.891 Bilion
- Negara Asia Siap Terima Kedatangan Pelancong China Sempena TBC
- 135 Juta Melancong Semasa Cuti Tahun Baharu
- Taman Tema Mega China Terima Lebih 7.57 Juta Pelawat Pada 2022
- CIMT 2023 Tutup di Yunnan
- Kerancakan Pelancongan Serlahkan Daya Tahan dan Kedinamikan Ekonomi China
- Pelancongan Paling Pesat dalam Pertumbuhan Perdagangan Perkhidmatan
- Barbeku Ikonik, Cerminan Nafas China Pasca Pandemik