99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China dan Australia Adakan Dialog Diplomasi dan Strategi

(CRI)Rabu 20 Mac 2024

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Australia, Penny Wong mengadakan dialog diplomasi dan strategi China-Australia pusingan ketujuh di Canberra pada Rabu waktu tempatan.

Wang Yi berkata, sempena menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 pada November tahun 2022, Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese telah mengadakan pertemuan dan mencapai konsensus politik yang penting tentang mempercepat pembaikpulihan hubungan dua hala, yang turut dijadikan hala tuju bagi usaha sama kedua-dua pihak. Kemudian, hubungan bilateral dapat berkembang semula sedangkan kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang beransur-ansur pulih.

Wang menyatakan bahawa China bersedia bekerjasama dengan Australia untuk membuat persiapan dengan baik bagi pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara, melancarkan semula dan menggunakan sepenuhnya semua mekanisme perundingan dan dialog yang setia ada dalam pelbagai bidang, di samping memperkukuh kerjasama dalam bidang perlombongan dan produk pertanian, meneroka potensi kerjasama dalam bidang sumber tenaga yang boleh diperbaharui, ekonomi digital, pembangunan hijau, perubahan iklim dan sebagainya supaya dapat menebus persamaan yang banyak dalam membuahkan hasil yang melimpah.

Wang mengeluarkan harapan agar Australia bertindak pantas melindungi amalan ekonomi pasaran dan persaingan yang adil, dan membantu syarikat China yang melabur dan beroperasi di negaranya mendapat layanan perniagaan yang adil, saksama, telus dan tanpa diskriminasi.

Penny Wong pula menyatakan bahawa Australia dan China mempunyai ikatan hubungan yang erat dari segi sejarah, perdagangan dan kebudayaan. Sebagai rakan strategik komprehensif yang berada di rantau yang sama, kedua-dua pihak tidak seharusnya membiarkan hubungan bilateral didominasi perselisihan.

Australia bersedia meningkatkan lagi dialog dan komunikasi dengan China berdasarkan prinsip saling menghormati, bersikap rasional mengawal perselisihan, memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya, serta mendorong perkongsian strategik komprehensif Australia-China berkembang dengan stabil demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan keamanan dan pembangunan serantau.

Video

Berita Berkaitan